Kami disini

Wednesday, October 31, 2012

Salam P'hijrahan 16 Zulhijjah....

Assalamualaikum & salam sejahtera.....


Hari ini ummi ada benda baru nak ummi kongsi b'sama rakan semua. hmm nak tahu apa???senyuman ummi xpernah lekang sejak dari mggu lepas sehingga hari ini. sebenarnya ummi nak kongsi kegembiraan anak ke-2 ummi Zulaikha, ingat lagi x dgn masalah penyakit exzema yg anak ummi alami sejak 6 bulan sehingga 1thn2bln ni??? pada tarikh 24/10/2012 ummi pergi juga jumpa pakar setelah b'bincang dgn husband ummi, kami bawak jumpa pakar kulit di KL. dengan usaha yg x pernah putus itu kami bawa & Alhamdulillah sangat, walaupun harga ubat yg diberikan b'harga RM125, ummi ttp xkisah kerana kesan begitu menakjubkan. 2 hari ummi pakaikan ubat yg doc singh tu bagi, amatlah b'kesan sehingga kulit adik zulaikha skang seiras baby baru lahir, lembut, putih dan sejuk jer kulit dia.

Tapi, ha ada tapinya hehe...doc pesan lam tempoh 2 mggu ni adik xleh sentuh sebarang ikan, ayam, daging, telur mahupon ikan bilis. mungkin doc nak cucikan dlm diri adik dulu nak tengok apa yg adik leh mkn n apa yg tidak. yg kene b'konban ummi jugalah, hmm sebabnya ummi pun kene pantang sama dgn apa yg adik pantang, alasannya mudah sbb ummi masih menyusukan adik. hmmm makan jer la sayur apa² pon, tp doc bgtau ikan bawal putih n tenggiri ummi n adik leh mkn sbb ikan tu x bisa. Syukur Alhamdulillah dpt gak mkn ikan mahal tu hari² hehe...

Alhamdulillah gatal² di badan adik tidak lagi timbul, adik pon xnmpk garu² cuma time ngantuk sangat jer dia kan garu, tu pon skejap jer....b'jln pon tgn siap kat belakang agi (gaya bos pantau anak buah hahaha). Masa dulu hari² ummi pakaikan baju n seluar lengan panjang, baju yg short² tu semua simpan lam almari sbb xleh pakai lgsg, tp skang syukur sangat semua baju short² tu ummi da kuarkan balik bg adik pakai, nmpk ok jer. sampaikan pengasuh adik pon t'kejut time nak mandikan..."kulit zulaikha cantik la, da ok la ni kan" hehe Alhamdulillah.....sambil pesan pd pengasuh jgn bg sebarang ikan, ayam, telur atau ikan bilis.

Setakat ni ummi bekalkan pd adik tiap² hari lauk sayur air, sayur masak lemak, ikan t'giri masak lemak cili api(tp xletak cili api) dll lagi....semua b'asaskan sayur. adik da makin bebas nak melakukan sebarang xtvt, main ngan kakak, duk baring, menulis da nmpk selesa sangat.

Ummi masih ingat lagi dulu, kakak "ummi, humaira xsuka la adik ni, sbb kulit adik mcm ni (b'sisik), humaira x suka la" hmmm sedih gak ummi ingatkan balik, tp xleh salahkan kakak dia kan....tp skang, kakak " ummi, humaira suka la ngan adik skang, kulit adik lembut, comel n wangi)....ummi rasa bangga ngan adik n kakak....inilah anak² ummi, baik buruk anak² ummi...ummi b'syukur dikurniakan 2 org puteri yg comel, cantik, lincah n bagus....syukurrrrr sesangat Ya Allah....

Sebab tu la ummi letak tajuk hari ni Salam P'hijrahan demi hijrah kehidupan adik dr diselubungi kegatalan kpd kenormalan.....kene pada tajuknya....

No comments:

iklan Nuffnang