Kami disini

Monday, August 24, 2015

25 Ogos 2003 - 25 Ogos 2015 (12thn)


Assalamualaikum & selamat sejahtera....
Pagi yang indah harini....2 keadaan yg menceriakan ummi jugak...nak tau apa??
Teng teng teng.....hari ni hari ulangtahun pekerjaan ummi yg ke 12 thn, hai sekejap jer masa berlalu, da 12 thn da dlm perkhidmatan awam...Alhamdulillah jua ummi masih sihat walafiat dlm melaksanakan tugas² yg diamanahkan dgn sebaik mungkin.

Haaaa yg ke2 nya hari ni semua pekerja awam senyum lebar smpi ketelinga, sbbnya hari ni hari gaji.....YEAAAA.....ramai org berpenat lelah menahan diri 65hari berjuang demi kelangsungan hidup tuk mencapai hari ni, akhirnya tiba jua di akaun semua kan....ummi pon ingin ucapkan syabas kpd semua krn berjaya harunginya dgn sabar n tabah...

bagi ummi, xkira samada org tu bujang ke, kawin ke or single mth or father, semua merasa keperitan tu....tmbh pulak dgn permintaan anak² yg pelbagai senak jugakla memikirkan cr nak pujuk utk bertahan sehingga mencapai hari gaji....

Tiap² tahun slps perayaan, situasi begini akan berlaku dan sedikit sebanyak ramai juga telah mengambil inisiatif dgn belanja berhemat, simpanan awalan dan mcm² lagi...Persediaan menghadapi situasi ini perlu dibuat sms sblm menyambut hari raya. kadang² nak berjimat pon payah dgn kos sara hidup yg tinggi, harga barang kian melambung, harga minyak petrol kian naik dan ditambah pula keadaan terbaru melanda negara iaitu nilai matawang malaysia jatuh mendadak sehingga tahap POA.

Walaupon menteri masih berfikir bahawa kejatuhan matawang itu perkara biasa baginya, ttp kesan pd rakyat amat menyakitkan dan ia membimbangkan...Pelajar kita yg berada di oversea merasa sedikit perit krn kos pembelajaran spt yuran dan perbelanjaan memerlukan belanja yang besar ekoran kejatuhan matawang in...moga kerajaan begitu tekun dlm menyelsaikan masalah ini dan prihatin akan nasib rakyat hari ini.

Hai mcm da lari topik pulak....

ummi nak royak (perkataan trg - bgtau) pasal pengalam kerja da capai 12 thn tp kesan dr kejatuhan duit RM ni buat ummi terpesong lak haha....

layan jer la kan....

Dulu gaji permulaan ummi hanya serendah RM650 klu xsilap ummi....skang da cecap RM950 rasanya....jelesnya kan...baru masuk 4/5 thn gaji dorg da boleh kejar gaji ummi da...dulu kenaikan tahunan hanya RM49.90 (pon ingat² lupa) skang RM95.00...banyak bezanyakan....

Tp Alhamdulillah, rezeki Allah itu luas...Syukur Alhamdulillah masih cukup untuk kami meneruskan kehidupan....

Ummi tangguh dulu celoteh ummi ni utk sambung keje (almaklumla masih terikat dgn kerja selagi masih bergelar penjawat awam)....

Jumpa lagi kengkawan yg comey semua....

Love U Everyday n Anytime....Muah muah muah

No comments:

iklan Nuffnang