Kami disini

Monday, June 14, 2010

15 Jun 2010- Nasihat ibu kpd anak d mlm p'kahwinan

Apabila seorang anak perempuan bakal menjadi permaisuri kepada si suami, maka ibunya telah melemparkan butiran-butiran nasihat dan wasiat untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi ranjau kehidupan sebagai seorang isteri:

Wahai anak perempuanku,

"Sesungguhnya seandainya wasiat ini ditujukan buat seseorang yang memiliki adab yang mulia, nescaya ianya juga ditujukan buat dirimu. Wasiat ini merupakan peringatan kepada mereka yang alpa dan bekalan buat mereka yang senantiasa berakal".

Jikalau seorang perempuan berhajat kepada sebuah perkahwinan kerana ingin membantu kedua ibu bapanya dan semata-mata pengharapan keduanya terhadap wanita tersebut, maka kamu merupakan wanita yang tidak memerlukan perkahwinan. Akan tetapi seseorang wanita itu diciptakan untuk lelaki, begitulah juga halnya, seseorang lelaki diciptakan untuk wanita.

Wahai anak perempuanku,

"esungguhnya engkau tidak pernah terpisah dengan suasana yang engkau miliki sebelum ini, hidup bersama keluarga, lalu engkau telah keluar dan gantikan sarang yang telah duduki selama ini berpindah menuju ke sangkar yang engkau tidak pernah engkau ketahui dan hidup bersama teman yang tidak pernah engkau rasai. Maka suamimu akan menjadi teman, pengawal dan raja ke atas dirimu, sedangkan kamu hamba buat dirinya, segera menyahut seruannya.

Ambil perhatian dalam sepuluh perkara dari diriku (ibumu) sepuluh wasiat ini akan menjadi pemangkin dan ingatan buat dirimu:-

1. Temanilah suamimu dengan penuh rasa kesederhanaan.
2. Dampingilah suamimu dengan menjadi teman yang setia.
3. Hulurkanlah ketaatan yang jitu kepada suamimu.
4. Berdampinglah dengan suamimu pada setiap tempat dan waktu serta tunaikanlah
setiap permintaannya.
5. Wahai anakku, jangan biarkan keburukanmu dilihat oleh suamimu dan jangan biarkan
dia menghidu sesuatu darimu melainkan sewangi-wangi bauan.
6. Peliharalah waktu makan suamimu serta tenangkanlah tidurnya. Sesungguhnya rasa
lapar suamimu merupakan nyalaan api yang membara, hilangkan rasa ngantuknya
pula, merupakan sesuatu yang sangat dimarahi.
7. Peliharalah rumah dan hartanya serta pekalah terhadap dirinya dan anak-anaknya.
Sesungguhnya kepekaan terhadap hartanya adalah sebaik-baik penghargaan.
8. Pekalah terhadap anak-anak dan maruah suamimu sesungguhnya kepekaan itu
merupakan sebaik-baik pengurusan.
9. Jangan engkau dedahkan rahsianya dan jangan ingkari suruhannya kerana seandainya
engkau dedahkan rahsianya, engkau tidak akan aman dari sikap curangnya, seandainya
engkau ingkari suruhannya, perbuatanmu akan mengeruhkan hubungan antara dirimu
dan suamimu
10. Wahai anakku, muliakanlah suamimu maka dia akan memuliakanmu, jadilah
seorang wanita yang memahami jiwa suamimu, maka suamimu akan senantiasa
bersamamu.

Ketahuilah anakku,

"Sesungguhnya engkau tidak akan mencapai apa yang engkau idam-idamkan sehinggalah engkau berjaya datangkan reda suamimu terhadap dirimu. Moga-moga Allah datangkan kebaikan buat dirimu".

No comments:

iklan Nuffnang