“Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku” [HR Muslim]
Doa kepada Abu Hurairah dan Ibunya itu telah ditambah sedikit oleh Nabi s.a.w.
Dari buku "Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari". Zahazan Mohamed, Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid.
KISAH ABU HURAIRAH R.A DAN IBUNYA DIDOAKAN RASULULLAH S.A.W
Abu hurairah (al-Mujtahid al-Hafiz Abu Hurairah al-Dausi al-Yamani = Ketua para penghafal hadis Nabi s.a.w yang terkenal
Nama Ibu = Umaimah bt. Sabieh
Abu Hurairah memeluk Islam selepas datang ke Madinah menziarahi Nabi s.a.w. pada bulan Muharram 7 Hijrah.
Ketika beliau memeluk agama Islam, ibunya masih belum beriman, menentang Islam serta memburukkan Nabi s.a.w.
Abu Hurairah telah bertemu Nabi s.a.w. memohon doa agar ibunya diberi hidayah. Dengan kesungguhan rayuan beliau, baginda dengan sifat rahmatnya telah memohon kepada Allah dengan doa yang ma’thur, [bermaksud] “Ya Allah, berikanlah hidayah Mu kepada ibu Abu Hurairah”
Mendengar doa itu, Abu Hurairah menuju ke rumahnya dalam keadaan gembira dan yakin akan kemakbulannya. Sebaik sahaja sampai ke rumah, beliau mengetuk pintu tetapi ibunya menyuruh beliau menunggu di luar rumah. Kedengaran dari luar bunyi air mandian dicurahkan. Kemudian ibunya keluar dalam keadaan bertudung kepala dan mengucap syahadah.
Abu Hurairah amat gembira mendengarnya dan segera bertemu semula Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu baginda tentang pengislaman ibunya.
Abu Hurairah meminta lagi Nabi s.a.w. agar mendoakan beliau dan ibunya agar menjadi manusia yang disayangi oleh orang lain. Nabi berdoa [bermaksud] “Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini dan ibunya dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah mereka mencintai orang yang beriman (Riwayat Muslim).
Kesan daripada doa Nabi ini menjadikan semua Mukmin yang mendengar nama Abu Hurairah akan menjadi gembira dan sayang kepadanya.
Ibu beliau pula menjadi wanita solehah yang kerap mendahulukan hak Allah dan Islam mengatasi tuntutan peribadinya.
No comments:
Post a Comment