Kami disini

Sunday, January 15, 2012

Bank Susu Ibu Haram - Majlis Fatwa

Majlis Fatwa memutuskan penubuhan membawa kemudaratan keturunan




PUTRAJAYA: Persoalan mengenai cadangan penubuhan bank susu ibu selesai apabila Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan penubuhannya adalah haram kerana boleh mengakibatkan percampuran nasab dan membawa umat Islam terjebak dalam keraguan dan perkara yang haram.

Keputusan yang diambil pada persidangan muzakarah kali ke-97 pada hujung tahun lalu, melihat kepada keperluan penubuhannya yang tidak berada dalam keadaan darurat sehingga mengancam keselamatan umat.

Sebelum ini, Berita Harian pernah menyiarkan perdebatan mengenai kewujudan komuniti, Human Milk For Human Baby (HM4HB) iaitu rangkaian perkongsian susu ibu global yang mempunyai puluhan ribu penyokong di laman sosial Facebook dari lebih 54 negara dan kira-kira 900 daripadanya rakyat Malaysia.

Walaupun HM4HB bertujuan mencari ibu susuan bagi membantu bayi pra-matang dan ibu bermasalah untuk menyusui bayi mereka kerana menghidap pelbagai penyakit termasuk HIV, namun timbul kebimbangan umat Islam terutama hukum hakam berkaitan ibu susuan.



Berikutan itu, ada pihak mencadangkan ditubuhkan bank susu bagi membolehkan keluarga yang memerlukan susu badan memperoleh bantuan secara lebih mudah.



Dalam kenyataan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang disiarkan menerusi portal e-fatwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu semalam, perkara itu diputuskan selepas ahli panel muzakarah mendengar taklimat dan penjelasan pakar serta meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan.



“Muzakarah berpandangan bahawa menjaga keturunan, termasuk dalam lima perkara yang wajib dipelihara dalam syariat Islam. Oleh itu, apa-apa tindakan atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada nasab atau keturunan perlu dielakkan.

“Muzakarah juga berpandangan bahawa hukum penubuhan bank susu amat berkait rapat dengan syarat pengharaman atas sebab susuan di mana bayi yang menyusu dengan seorang wanita atau lebih akan menjadi adik beradik susuan dan perkahwinan antara mereka adalah haram apabila memenuhi syarat ditetapkan,” katanya.



Bagi memenuhi keperluan bayi pra-matang yang memerlukan rawatan, manakala ibu mempunyai kekurangan susu atau mempunyai penyakit kronik/berjangkit dan tidak dapat menyusukan bayi, muzakarah memutuskan adalah harus bagi ibu menderma susu ibu secara sukarela kepada bayi yang memerlukan dan keluarga bayi serta penderma perlu saling mengenali.



Sementara itu, muzakarah berkenaan juga memutuskan amalan eutanasia atau mercy killing, iaitu menghentikan hayat hidup seseorang sebelum disahkan meninggal adalah haram dan dilarang Islam.



Menurut muzakarah itu, tugas seorang doktor ialah menolong pesakit dalam perkara kebaikan dan perbuatan membantu mempercepatkan kematian tidak termasuk dalam perkara kebaikan tetapi perkara yang dilarang dan berdosa.



“Bagaimanapun, dalam keadaan di mana pakar perubatan mengesahkan jantung dan/atau otak pesakit berhenti berfungsi secara hakiki dan pesakit disahkan tidak ada harapan untuk hidup dan hanya bergantung kepada bantuan sokongan pernafasan, muzakarah memutuskan tindakan memberhentikan alat bantuan sokongan pernafasan adalah dibenarkan.



“Begitu juga, dalam kes di mana pakar perubatan mengesahkan pesakit tiada harapan sembuh dan pesakit dibenar pulang, maka tindakan memberhentikan rawatan utama dan hanya rawatan sokongan diteruskan adalah dibenar Islam kerana keadaan seumpama ini tidak termasuk dalam amalan eutanasia atau mercy killing,” katanya.



Muzakarah juga memutuskan dalam kaedah perubatan, mati otak (brain death) adalah dianggap sebagai suatu kematian apabila disahkan pakar dan adalah harus memberhentikan rawatan bantuan sokongan (contohnya penggunaan mesin ventilator) dengan persetujuan waris terdekat.


http://www.harian-metro-online.com/bank-susu-ibu-haram-majlis-fatwa

Apa Pendapat Anda??

Thursday, January 12, 2012

Hemoglobin Rendah Ketika Hamil PENTING....BACALAH


Hemoglobin Rendah Ketika Hamil

--------------------------------------



Zat besi ...diperlukan dalam menghasilkan hemoglobin yang merupakan sejenis protein di dalam sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke sel-sel badan ibu dan juga kepada bayi dalam kandungan. Semasa hamil, kuantiti darah ibu akan meningkat sehingga 50% lebih dari normal. Jadi keperluan zat besi turut meningkat bagi menghasilkan lebih banyak hemoglobin, selain diperlukan untuk pembesaran bayi dan plasenta (uri). Kuantiti zat besi yang diperlukan semasa hamil meningkat sehingga 18mg ke 27mg sehari.



Namun, kebanyakan wanita tidak memiliki bekalan zat besi secukupnya sejak dari awal kehamilan lagi. Jadi, badan ibu tidak dapat membekalkan zat besi secukupnya buat ibu dan kandungan terutama apabila memasuki Fasa 2 dan Fasa 3 kehamilan. Apabila sampai di satu tahap di mana badan ibu tidak mempunyai bekalan zat besi lagi, penghasilan hemoglobin akan terhenti dan ibu akan mendapat anemia. Risiko ibu untuk mendapat anemia juga meningkat jika ibu mengalami ‘morning sickness’ yang teruk, hamil kembar atau lebih dan mengambil diet yang kurang zat besi.



Walaupun seringkali berpunca dari kekurangan zat besi, anemia semasa hamil boleh juga disebabkan oleh kekurangan asid folik (Vitamin B12) atau sesetengah penyakit seperti Sickle Cell. Ibu hamil yang mengalami anemia sering merasa letih, lemah, pening, pucat, jantung berdegup laju, semput atau nafas pendek, sakit kepala dan sukar fokus. Namun ada sesetengah simptom ini adalah simptom biasa semasa mengandung.



Adakah anemia semasa hamil mempengaruhi bayi? Lazimnya, bayi akan tetap mendapat keperluan zat besinya terlebih dahulu dari ibu. Namun, jika ibu hamil menghidap anemia, ia boleh mempengaruhi simpanan zat besi bayi itu di peringkat awal kelahiran dan bayi berisiko tinggi untuk menghidap anemia. Anemia semasa hamil juga sering menjadi punca bayi lahir tidak cukup bulan atau lahir kurang berat. dan juga berkait rapat dengan bayi lahir mati (‘stillbirth’). Selain turut mempengaruhi kesihatan ibu hamil, anemia juga boleh membawa kepada tumpah darah semasa bersalin dan peningkatan risiko meroyan (postpartum depression).



Jadi anemia semasa hamil mestilah dipandang serius oleh ibu kerana risiko yag datang bersamanya adalah besar. Amalkan diet yang seimbang dan kaya dengan zat besi seperti mengambil daging merah, kacang, tofu, kismis, sayuran hijau, dan kerang. Ibu hamil juga dinasihatkan untuk mengambil prenatal vitamin agar badan ibu menerima zat besi dan vitamin penting lain secukupnya.See More

By: LifeFit

Tips didik Anak dr Wardina Safiyya

Cuba la jenguk link ni...


http://www.youtube.com/watch?v=6fPPUCwAcgI

Ally Iskandar & Farah Lee....

Assalamualaikum w.b.t....

Salam, suka x ngan tajuk pagi ni???sapa peminat setia maybe cam menung japkan...tp bg ummi juga yg t'golong sbgi peminat Ally, b'syukur sgt...krn sampai sudah JODOH Ally xkira ngan sapa pon, janji dia bahagia hendakNya.

nak tau lebih lanjut klik http://beautifulnara.com/ally-iskandar-sah-nikahi-farah-lee-20-januari-2011-ini/

Sekitar Majlis Persandingan Ezlynn....Wajarkah???

Salam pagi Jumaat...

Dgn keberkatan Penghulu hari ni saya mulakan dgn Bismillahirrahmanirrahim...sejuk rasa hati ni pepagi jumaat yang ceria...Anak dara yg sulung ngan pakai baju kurung ke sekolah nmpk ayu semacam, manis semacam jer...pegi sek hari ni xnangis pon...tp smpi sek xtau lg hehe, ayah yg hantar...

Oh, pagi ni ada benda yg menarik p'hatian ummi skit stlh bukak laman web Beautifulnara.com....iaitu Majlis Persandingan Ezlynn...mula2 tengok pic atas tu mcm cantik jer, stlh 1 per 1 tgk pic dia terus menung kejap...Subhanallah, KENAPA?? itu yg timbul dlm kpl ummi...entahlah, masyarakat kita skang makin jauh dah dgn PenciptaNya...bukan niat nak burukkan atau nak aibkan sesiapa, tp da m'jadi lumrah dunia artis yg m'jadi tontonan semua masyarakat...klu dah m'jadi p'hatian dunia tu, cuba wat yg t'baik, tunjuk yg elok2 kpd umum atau tunjuk ni bahawa kita hak milik DIA...da kawin knp nak dedah itu ini kat umum, dapat dosa jer...kang klu tunjuk kat laki jer kan lg dapat pahala...pikir2kanlah...Tuhan da bg kita akal pikiran untuk m'bezakan mana baik n buruk...anda jer yg tentukan anda d kedudukan mn...

Anda baca, anda tengok & anda sendiri yg menilainya...kita sama2 umat ni saling ingat mengingati...yg salah ditegur, yg baik dijadikan teladan...Walaupon KUBUR masing2, tetapi apabila dihisab merupakan semua yg kita lihat...da m'jadi satu tggungjawab kita yg melihat tuk menegur...klu x kita akan t'golong dlm p'buatan b'subahat....sahih hadis ada m'jelaskan...ummi lupa, klu nak tau lebih lanjut, lebih jelas, tanya mn2 ustaz/ulama...krn mereka lebih arif tntg hal ini...

Harap maklum!!!~~~......


http://beautifulnara.com/20-gambar-majlis-persandingan-ezlynn-dan-adam/#more-14738

iklan Nuffnang