Kami disini

Monday, July 9, 2012

Nazrey Johani - Muslimah (Official Music Video)






Oh muslimah

Allah cinta kepadamu

Rasulullah kasih kepadamu



Oh muslimah

Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia



Subhanallah

Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu

Rendah hati





Oh muslimah

busanamu menutup rapi

auratmu kau lindungi dengan indahnya



Oh muslimah

kau rajin memuji

Islam kau jadikan ikutan sejati



Oh muslimah

memandangmu menyejuk hati

menundukkan nafsu hati yang goyah

Keayuan wanita solehah indah peribadi

Tulus hatinya



Oh muslimah

Kecantikan yang sebenar

Pada tutur kata penuh berhikmah



Mempertahan kehormatan dirimu

dengan pakaian mentaati Allah



Oh muslimah

Kau masuk ke syurga

Solat lima waktu dan berpuasa

Menundukkan pandangan matamu

Mentaati suami yang tercinta



Oh muslimah

Kau rajin mengaji

Islam kau jadikan

Ikutan sejati




Thursday, July 5, 2012

KPSL

Assalamualikum semua....


Hmmm hari ni hari jumaat, da 2 hari b'tungkus lumus m'jawap exam KPSL nih, so hari ni dpt rest seronok rasanya. Kalau ikutkan pengalaman 2kali ambil exam ni, rasanya yg tahun rasa cam relaks skit. Alhamdulillah peroleh keberkatan dariNya....

Rasanya kalau nak difikirkan mengenai exam ni entah lah, kadang² suka kadang² rasa ralat, mungkin daya ingatan, hafalan dan daya penaakulan sedikit lemah b'banding org lain kot hehe...Insyaallah mudah-mudahan kali ini lulus semua paper...cukup tuk 3 kali ambil...

Rasanya semua orang tahu pasal exam ni kan KPSL N27, ummi pon cuba nasib, mn tahu ada rezeki kot situ tuk ummi ubah hidup nikan...rezeki bukan datang dari manusia, tapi dariNya....Yang Maha Esa....KPSL ni ada 3 paper, A - Perintah Am, Paper B - Pekeliling Perkhidmatan Awam Malaysia, Arahan Keselamatan & Panduan Pengurusan Pejabat & Paper C - Undang-undang Umum....

Pengambilan pertama ummi lulus tuk Paper A, Alhamdulillah sekurang²nya ringan skit tuk study, just fokus tuk Paper B & C jer...Apa-apa pon Good Luck tuk diri sdiri...Semoga setiap urusan dipermudahkan dgn berkat dan Panduan dariNya...

Alhamdulillah....

Just tunggu RESULT 3 bulan kemudian hehe....

iklan Nuffnang