Kami disini

Friday, December 23, 2011

Besarnya Keampunan Allah

Diriwayatkan bahawa pada zaman Rasulullah s.a.w, Umar Ibnu Khattab salah seorang sahabat terdekat Rasullulah s.a.w menangis di depan pintu salah seorang isteri Rasullulah, yang didalamnya ada Rasulullah s.a.w. Mendengar suara Umar Ibnu Khattab berada di luar, maka Rasulullah s.a.w segera keluar dan bertanya kepada Umar Ibnu Khattab, “Hai Umar kenapa engkau menangis?”


Kemudian Umar menjawab: “Wahai Rasulullah, bersamaku ada seorang pemuda yang telah membuat hatiku sedih dengan tangisnya.”

Lalu Rasulullah s.a.w memerintahkan Umar agar membawa masuk anak muda tersebut ke dalam. Atas perintah tersebut, Umar Ibnu Khattab lalu mengajak pemuda yang datang bersamanya sambil keduanya tetap menangis.

Pemuda itu disuruh duduk di depan Rasulullah s.a.w dan Umar Ibnu Khattab duduk di sebelahnya. Rasulullah s.a.w kemudian bertanya: “Hai pemuda, kenapa engkau menangis?”

Pemuda itu menjawab sambil tetap menangis: “Wahai Rasulullah, dosaku sangat besar dan aku takut Allah memurkaiku…”

“Apakah engkau telah menyekutukan Allah dengan sesuatu?” tanya baginda s.a.w.

“Tidak, ya Rasul,” sahut pemuda itu sambil tetap menangis.

“Apakah engkau telah membunuh seseorang dengan alasan yang tidak benar?” Rasulullah s.a.w kembali bertanya.

“Tidak ya Rasul,” sahut pemuda itu sambil terus menangis.

Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguh, dosamu sebesar apa pun, Allah akan mengampuninya, sekalipun memenuhi langit dan bumi.”

“Sungguh dosaku lebih besar dari itu, ya Rasul,” sahut pemuda itu.

“Apakah besar dosamu melebihi Arasy? Besar mana dengan Arasy?” tanya baginda s.a.w lagi.

“Dosaku sangat besar, ya Rasulullah.”

“Lalu besar mana dosamu dengan keagungan, ampunan, dan rahmat Allah?” tanya Rasulullah s.a.w.

“Tentu keagungan, ampunan, dan rahmat Allah lebih besar. Tetapi dosaku sangat besar, ya Rasulullah” jawabnya diantara esakan tangisan.

Kerana kurang mengerti maksud pengakuan dari pemuda itu, akhirnya Rasulullah s.a.w mendesaknya, “Cuba katakan dosa apa yang pernah kau perbuat?”

“Aku malu menyebutnya, ya Rasulullah…” kata si pemuda itu.

Kerana Rasulullah s.a.w terus mendesak pemuda itu untuk mengatakan dosanya secara jujur. Maka dengan perasaan malu dan takut, pemuda itupun menceritakan dosa yang dilakukannya.

“Wahai Rasulullah, aku ini seorang penggali kubur, sejak tujuh tahun lalu. Hingga meninggalnya puteri dari seorang sahabat Ansar. Melihat kecantikan dan kemontokan tubuhnya, nafsu berahiku memuncak. Setelah kuburan sepi, ku bongkar kuburnya dan ku telanjangi mayat gadis itu. Setelah ku cumbui, nafsu berahiku tak dapat ku tahan, lalu ku setubuhi. Ketika itu mayat gadis itu (diizinkan Allah) berkata, “Tidakkah kau malu kepada Allah, pada hari Allah menghukumi orang-orang berbuat zalim, sementara engkau menelanjangiku dan menyetubuhiku diantara orang-orang yang telah mati. Engkau membuatku dalam keadaan junub dihadapan Allah!”

Mendengar pengakuan dari si pemuda itu, Rasulullah s.a.w segera bangkit berdiri dan meninggalkannya, seraya berseru: “Hai pemuda fasik, pergilah! Jangan engkau dekati aku! Nerakalah tempatmu kelak!”

Pemuda itu pun segera keluar meninggalkan rumah Rasulullah s.a.w seraya menangis. Dia berjalan dengan arah tak menentu keluar kampung. Sampailah dia di padang pasir yang luas lagi panas. Tujuh hari lamanya ia tidak makan dan minum kerana penyesalan dan kesedihan yang sangat mendalam hingga lemahlah keadaan tubuhnya tak kuasa lagi berjalan, lalu kemudian jatuh tersungkur di tempat itu. Di atas pasir ia bersujud kepada Allah, lalu berdoa dan memohon ampunanNya dalam tangisnya.

“Ya Allah, aku adalah hambaMu yang telah berbuat dosa besar. Sekarang aku datang ke pintuMu, agar Engkau berkenan menjadi penolongku disisi kekasihMu. Sungguh Engkau Maha Pemurah kepada hamba-hambaMu dan tiada tersisa harapanku kecuali kepadaMu. Ya Allah Tuhanku, sudilah menerima kehadiranku, kalau tidak datangkanlah apiMu dari sisiMu, dan bakarlah tubuhku dengan apiMu di dunia ini, daripada Kau bakar tubuhku di akhirat nanti.”

Setelah itu Malaikat Jibril a.s datang kepada Rasulullah s.a.w. Usai menyampaikan salam dari Allah, Jibril a.s berkata: “Wahai Muhammad, Allah s.w.t bertanya kepadamu, “Apakah engkau yang menciptakan makhluk?”

“Bahkan Dialah yang menciptakan diriku dan mereka,” jawab Rasulullah s.a.w.

“Apakah engkau memberi rezeki kepada mereka?” tanya Jibril a.s.

Rasulullah s.a.w menjawab: “Bahkan Dia memberi rezeki padaku dan mereka.”

“Apakah engkau menerima taubat mereka?” tanya Jibril a.s untuk kali yang sekiannya.

“Bahkan Dia yang berhak menerima taubat dan mengampuni dosa-dosa hamba-Nya” ujar Rasulullah s.a.w.

Jibril a.s lalu berkata, Allah berfirman kepadamu; “Telah datang kepadamu seorang hambaKu dan dia menerangkan satu dosa dari beberapa dosanya, maka kamu berpaling (marah) kepadanya daripada dosanya, maka bagaimana keadaan orang-orang mukmin kelak, apabila mereka datang dengan dosa yang banyak lagi besar ibarat gunung yang besar? Engkau adalah utusanKu yang Aku utus sebagai rahmat untuk seluruh alam. Maka jadilah kamu orang yang sayang menyayangi pada semua orang yang beriman, menjadi penolong bagi orang-orang yang telah berdosa dan memaafkan ketelanjuran dan kesalahan mereka (hambaKu); kerana sesungguhnya Aku telah mengampunkannya (menerima taubatnya) dan dosanya.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. mengutus beberapa orang sahabat, maka mereka temui pemuda tersebut lalu memberikan khabar gembira kepadanya dengan maaf dan ampunanNya. Lalu mereka membawa pemuda tersebut berjumpa Rasulullah yang mana ketika itu beliau (Rasulullah) sedang menunaikan sembahyang Maghrib, dan merekapun bermakmum di belakangnya.

Ketika Rasulullah s.a.w. membaca surah Al Fatihah yang dilanjutkan dengan surah At-Takaatsur (Al Haakumuttakaatsur), sesampai baginda membaca ‘Hattaa Zurtumul Maqaabir’ (Kamu telah dilalaikan sehingga kamu masuk kubur), maka berteriaklah pemuda itu dengan keras sekali langsung jatuh. Ketika mereka selesai sembahyang, mereka dapati pemuda itu telah meninggal dunia. Mudah-mudahan Allah Taala membelas kasihaninya.
Dipetik dari kitab Misykatul Anwar



http://syahirul.com/besarnya-keampunan-allah-kepada-makhluknya/

Imam Mazhab Yang Empat

Imam Abu Hanifah [80H/699M– 150H/767M]


Imam Abu Hanifah atau nama sebenarnya Nu’man bin Tsabit bin Zhuthi’ lahir pada tahun 80H/699M di Kufah, Iraq, sebuah bandar yang sudah sememangnya terkenal sebagai pusat ilmu Islam pada ketika itu. Ianya diasaskan oleh ‘Abdullah ibn Mas‘ud radhiallahu ‘anh (32H/652M), seorang sahabat zaman Rasulullah shallahu ‘alaihi wasallam. Ayahnya seorang pedagang besar, sempat hidup bersama ‘Ali bin Abi Thalib radhiallahu ‘anh. Imam Abu Hanifah sekali-sekala ikut serta dalam urusniaga ayahnya akan tetapi minatnya yang lebih besar ialah ke arah membaca dan menghafal Al-Quran.

Imam Abu Hanifah pada satu hari telah berjumpa dengan seorang tokoh agama yang masyhur pada ketika itu bernama as-Sya’bi. Melihatkan kepintaran dan kecerdasan luar biasa yang terpendam dalam Imam Abu Hanifah, as-Sya’bi menasihatkan beliau agar lebih banyak mencurahkan usaha ke dalam bidang ilmu-ilmu Islam. Dengan nasihat dan dorongan as-Sya’bi, Imam Abu Hanifah mula menceburkan diri secara khusus mempelajari ilmu-ilmu Islam.

Imam Abu Hanifah mula belajar dengan mendalami ilmu-ilmu qiraat, ilmu bahasa Arab ilmu kalam dan lain-lain. Akan tetapi bidang ilmu yang paling diminatinya ialah ilmu hadith dan fiqh. Beliau banyak meluangkan masa dan tenaga untuk mendalaminya. Imam Abu Hanifah meneruskan pembelajarannya dengan bergurukan kepada as-Sya’bi dan beberapa tokoh ilmuan lain di Kufah. Menurut riwayat, jumlah gurunya di Kufah sahaja berjumlah 93 orang.

Beliau kemudiannya berhijrah ke bandar Basrah di Iraq, untuk berguru bersama Hammad bin Abi Sulaiman, Qatadah dan Shu’bah. Setelah sekian lama berguru dengan Shu’bah yang pada ketika itu terkenal sebagai Amir al-Mu’minin fi Hadith (pemimpin umat dalam bidang hadith), beliau diizinkan gurunya untuk mula mengajar hadith kepada orang ramai. Berkata Shu’bah: “Sebagaimana aku ketahui dengan pasti akan kesinaran cahaya matahari, aku juga ketahui dengan pasti bahawa ilmu dan Abu Hanifah adalah sepasangan bersama.”

Imam Abu Hanifah tidak hanya berpuas hati dengan pembelajarannya di Kufah dan Basrah di Iraq. Beliau kemudiannya turun ke Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu lagi. Di sana beliau duduk berguru kepada ‘Atha’ bin Abi Rabah. Kemudiannya Imam Abu Hanifah duduk pula bersama Ikrimah, seorang tokoh besar agama di Makkah yang juga merupakan anak murid kepada ‘Abdullah ibn ‘Abbas, ‘Ali bin Abi Thalib ra, Abu Hurairah ra dan ‘Abdullah ibn ‘Umar radhiallahu ‘anhum. Kehandalan Imam Abu Hanifah dalam ilmu-ilmu hadith dan fiqh diiktiraf oleh Ikrimah sehingga beliau kemudiannya membenarkan Imam Abu Hanifah menjadi guru kepada penduduk Makkah.

Imam Abu Hanifah kemudiannya meneruskan pengajiannya di Madinah bersama Baqir dan Ja’afar as-Shadiq. Kemudiannya beliau duduk bersebelahan dengan Imam Malik bin Anas, tokoh besar kota Madinah ketika itu. Walaupun Imam Abu Hanifah 13 tahun lebih tua daripada Imam Malik, ini tidak menghalangnya untuk turut serta belajar. Apabila guru kesayanganya Hammad meninggal dunia di Basrah pada tahun 120H/738M, Imam Abu Hanifah telah diminta untuk mengganti kedudukan Hammad sebagai guru dan sekaligus tokoh agama di Basrah. Melihatkan tiada siapa lain yang akan meneruskan perjuangan Hammad, Imam Abu Hanifah bersetuju kepada jawatan tersebut.

Mulai di sinilah Imam Abu Hanifah mengajar dan menjadi tokoh besar terbaru dunia Islam. Orang ramai dari serata pelusuk dunia Islam datang untuk belajar bersamanya. Di samping mengajar, Imam Abu Hanifah adalah juga seorang pedagang dan beliau amat bijak dalam mengadili antara dua tanggungjawabnya ini sebagaimana diterangkan anak muridnya al-Fudail ibn ‘Iyyadh: “Adalah Imam Abu Hanifah seorang ahli hukum, terkenal dalam bidang fiqh, banyak kekayaan, suka mengeluarkan harta untuk sesiapa yang memerlukannya, seorang yang sangat sabar dalam pembelajaran baik malam atau siang hari, banyak beribadat pada malam hari, banyak berdiam diri, sedikit berbicara terkecuali apabila datang kepadanya sesuatu masalah agama, amat pandai menunjuki manusia kepada kebenaran dan tidak mahu menerima pemberian penguasa.”

Pada zaman pemerintahan Abbasid, Khalifah al-Mansur telah beberapa kali meminta beliau menjawat kedudukan Qadhi kerajaan. Imam Abu Hanifah berkeras menolak tawaran itu. Jawapan Abu Hanifah membuatkan al-Mansur marah lalu dia menghantar Imam Abu Hanifah ke penjara. Akan tetapi tekanan daripada orang ramai menyebabkan al-Mansur terpaksa membenarkan Imam Abu Hanifah meneruskan pengajarannya walaupun daripada dalam penjara. Apabila orang ramai mula mengerumuni penjara untuk belajar bersama Imam Abu Hanifah, al-Mansur merasakan kedudukannya mula tergugat. Al-Mansur merasakan Imam Abu Hanifah perlu ditamatkan hayatnya sebelum terlambat.

Akhirnya Imam Abu Hanifah meninggal dunia pada bulan Rejab 150H/767M (ketika berusia 68 tahun), yakni ketika berada di dalam penjara disebabkan termakan makanan yang diracuni orang. Dalam riwayat lain disebutkan bahawa beliau dipukul dalam penjara sehingga mati. Kematian tokoh ilmuan Islam ini amat dirasai oleh dunia Islam. Solat jenazahnya dilangsungkan 6 kali, setiapnya didirikan oleh hampir 50,000 orang jamaah. Abu Hanifah mempunyai beberapa orang murid yang ketokohan mereka membolehkan ajarannya diteruskan kepada masyarakat. Antara anak-anak murid Imam Abu Hanifah yang ulung ialah Zufar (158H/775M), Abu Yusuf (182H/798M) dan Muhammad bin Hasan as-Syaibani(189H/805M).



Imam Malik bin Anas [93H/711M – 179H/796M]

Imam Malik bin Anas lahir di Madinah pada tahun 93H/711M. Beliau dilahirkan di dalam sebuah kota yang merupakan tempat tumbuhnya Islam dan berkumpulnya generasi yang telah dididik oleh para sahabat Rasulullah s.a.w. Sejarah keluarganya juga ada hubung kait dengan ilmu Islam, dengan datuknya sendiri adalah seorang perawi dan penghafal hadith yang terkemuka. Pakciknya juga, Abu Suhail Nafi’ adalah seorang tokoh hadith kota Madinah pada ketika itu dan dengan beliaulah Malik bin Anas mula mendalami ilmu-ilmu agama, khususnya hadith. Abu Suhail Nafi’ ialah seorang tabi‘in yang sempat menghafal hadith daripada ‘Abdullah ibn ‘Umar, ‘Aisyah binti Abu Bakar, Ummu Salamah, Abu Hurairah dan Abu Sa‘id al-Khudri r.a.

Selain Nafi’, Imam Malik bin Anas juga duduk berguru dengan Jaafar as-Shadiq, cucu kepada al-Hassan, cucu kepada Rasulullah s.a.w. Imam Malik juga duduk belajar di Masjid Nabawi, Madinah dan berguru dengan Muhammad Yahya al-Ansari, Abu Hazim Salmah ad-Dinar, Yahya bin Saad dan Hishambin ‘Urwah. Mereka ini semua ialah anak murid kepada para sahabat Rasulullah s.a.w. Suasana kehidupan Imam Malik bin Anas di Madinah yang ketika itu dipenuhi dengan para tabi‘in amatlah menguntungkannya. Para tabi‘in ini adalah mereka yang sempat hidup bersama sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. Mereka sempat belajar, mendengar hadith dan mengamalkan perbuatan para sahabat secara terus. Inilah antara sebab kenapa Imam Malik bin Anas tidak pernah meninggalkan Madinah kecuali apabila pergi menunaikan ibadat hajinya.

Imam Malik bin Anas kemudiannya mengambil alih peranan sebagai tokoh agama di Masjid Nabawi, Madinah. Ajarannya menarik sejumlah orang ramai daripada pelbagai daerah dunia Islam. Beliau juga bertindak sebagai Mufti Kota Madinah pada ketika itu. Imam Malik juga ialah antara tokoh yang terawal dalam mengumpul dan membukukan hadith-hadith Rasulullah s.a.w di dalam kitabnya al-Muwattha’. Kitabnya ini menjadi hafalan dan rujukan orang ramai sehinggakan ia pernah dikatakan oleh Imam as-Syafi‘e sebagai: “Tidak wujud sebuah buku di bumi yang paling hampir kepada al-Quran melainkan kitab Imam Malik ini.”

Antara tokoh besar yang duduk belajar bersama Imam Malik ialah Imam Abu Hanifah dari Kufah, Iraq. Selain itu diriwayatkan juga bahawa sebanyak 1,300 tokoh-tokoh lain yang duduk bersama menuntut ilmu bersama Imam Malik di Masjid Nabawi. Antaranya termasuklah Muhammad bin Idris, yang kemudiannya terkenal dengan gelaran Imam as-Syafi‘e. Ketinggian ilmu Imam Malik bin Anas pernah diungkap oleh Imam Ahmad bin Hanbal sebagai: “Imam Malik adalah penghulu daripara penghulu ahli ilmu dan beliau pula seorang imam dalam bidang hadith dan fiqh. Siapakah gerangan yang dapat menyerupai Imam Malik?”

Imam Malik pernah dihukum oleh gabenor Kota Madinah pada tahun 147H/764M kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum talaq yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Abbasid sebagai tidak sah. Kerajaan Abbasid ketika itu telah membuat fatwa sendiri bahawa semua penduduk perlu taat kepada pemimpin dan barangsiapa yang enggan akan terjatuh talaq ke atas isterinya. Memandangkan rakyat yang lebih taatkan ulama’ daripada pemimpin, pemerintah Abbasid telah memaksa Imam Malik untuk mengesahkan fatwa mereka. Imam Malik enggan, malah mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa talaq sedemikian tidak sah (tidak jatuh talaqnya). Imam Malik ditangkap dan dipukul oleh gabenor Madinah sehingga tulang bahunya patah dan terkeluar daripada kedudukan asalnya. Kecederaan ini amatlah berat sehinggakan beliau tidak lagi dapat bersolat dengan memegang kedua tangannya di dada, lalu dibiarkan sahaja terkulai di tepi badannya.

Imam Malik kemudiannya dibebaskan dari penjara dan beliau terus kembali mengajar di Madinah sehinggalah beliau meninggal dunia pada 11 Rabiul-Awwal, tahun 179H/796M, ketika berusia 86 tahun (Hijrah). Di antara anak-anak murid beliau yang masyhur ialah ‘Abdarrahman bin al-Qasim al-Tasyri (191H/807M), Ibn Wahhab Abu Muhammad al-Masri (199H/815M) dan Yahya bin Yahya al-Masmudi (234H/849M).



Imam Muhammad bin Idris as-Syafi’e [150H/767M – 204H/820M]

Imam as-Syafi’e lahir di Gaza, Palestin pada tahun 150H/767M. Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Idris as-Syafi‘e. Beliau mempunyai pertalian darah Quraisy dan hidup tanpa sempat melihat ayahnya. Pada umur 10 tahun ibunya membawanya ke Makkah untuk menunaikan ibadah Haji dan selepas itu beliau tetap berada di sana untuk menuntut ilmu. Di Makkah Imam as-Syafi’e memulakan perguruannya dengan Muslim bin Khalid al-Zanji, yakni mufti Kota Makkah ketika itu.

Kitab ilmu yang paling terkemuka pada ketika itu ialah al-Muwattha’ karangan Imam Malik bin Anas, dan Imam as-Syafi’e dalam usia 15 tahun telah pun menghafal keseluruhan kitab tersebut. Imam as-Syafi’e kemudiannya berhijrah ke Madinah untuk berguru pula dengan penulis kitab itu sendiri, yakni Imam Malik bin Anas. Ketika itu Imam as-Syafi’e baru berumur 20 tahun dan beliau terus duduk bersama Imam Malik sehinggalah kewafatannya pada tahun 179H/796M. Ketokohan Imam as-Syafi’e sebagai murid terpintar Imam Malik bin Anas mulai diiktiraf ramai. Imam as-Syafi‘e mengambil alih sebentar kedudukan Imam Malik bin Anas sebagai guru di Masjid Nabawi di Madinah sehinggalah beliau ditawarkan satu kedudukan jawatan oleh Gabenor Yaman. Jawatan Imam as-Syafi’e di Negeri Yaman tidak lama kerana beliau telah difitnah sebagai pengikut mazhab Syi‘ah. Selain itu pelbagai konspirasi lain dijatuhkan ke atasnya sehinggalah beliau dirantai dan dihantar ke penjara di Baghdad, yakni pusat pemerintahan Dinasti Abbasid ketika itu.

Imam as-Syafi’e dibawa menghadap kepada Khalifah Harun ar-Rashid dan beliau berjaya membuktikan kebenaran dirinya. Kehandalan serta kecekapan Imam as-Syafi’e membela dirinya dengan pelbagai hujjah agama menyebabkan Harun ar-Rashid tertarik kepadanya. Imam as-Syafi’e dibebaskan dan dibiarkan bermastautin di Baghdad. Di sini Imam as-Syafi’e telah berkenalan dengan anak murid Imam Abu Hanifah dan duduk berguru bersama mereka, terutamanya Muhammad bin al-Hasan as-Syaibani. Suasana ini memberikan kelebihan yang penting bagi Imam as-Syafi’e, iaitu beliau berkesempatan untuk belajar dan membanding antara dua ajaran Islam, yakni ajaran Imam Malik bin Anas dan ajaran Imam Abu Hanifah.

Pada tahun 188H/804M, Imam as-Syafi’e berhijrah pula ke Mesir. Sebelum itu beliau singgah sebentar di Makkah dan di sana beliau diberi penghormatan dan dipelawa memberi kelas pengajian agama. Imam as-Syafi’e kini mula diiktiraf sebagai seorang imam dan beliau banyak meluahkan usaha untuk cuba menutup jurang perbezaan di antara ajaran Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah. Usahanya ini tidak disambut baik oleh para penduduk Makkah kerana kebiasaan mereka adalah kepada ajaran Imam Malik bin Anas.

Pada tahun 194H/810M, Imam as-Syafi’e kembali semula ke Baghdad dan beliau dipelawa untuk memegang jawatan Qadhi bagi Dinasti Abbasid. Beliau menolak dan hanya singgah selama 4 tahun di Baghdad. Imam as-Syafi’e kemudian kembali ke Mesir dan memusatkan ajarannya di sana pula. Daud bin ‘Ali pernah ditanya akan kelebihan Imam as-Syafi’e berbanding tokoh-tokoh lain pada ketika itu, maka beliau menjawab: “As-Syafi‘e mempunyai beberapa keutamaan, berkumpul padanya apa yang tidak terkumpul pada orang lain. Beliau seorang bangsawan, beliau mempunyai agama dan i’tiqad yang sebenar, seorang yang sangat murah hati, mengetahui hadith sahih dan hadith dhaif, nasikh, mansukh, menghafal al-Quran dan hadith, perjalanan hidup para Khulafa’ ar-Rashidin dan amat pandai pula mengarang.”

Dalam usahanya untuk cuba menutup jurang perbezaan antara ajaran Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah, Imam as-Syafi’e menghadapi banyak tentangan daripada para pengikut Mazhab Maliki yang amat taksub kepada guru mereka. Pada satu malam, dalam perjalanan balik ke rumah dari kuliah Maghribnya di Mesir, Imam as-Syafi’e telah diserang dan dipukul orang sehingga menyebabkan kematiannya. Pada ketika itu Imam as-Syafi’e juga sedang menghadapi penyakit buasir yang agak serius.

Imam as-Syafi’e meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir ketika berumur 54 tahun (Hijrah). Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul ar-Risalah. Kitab ini adalah yang terawal dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum daripada sesebuah nas al-Qur’an dan as-Sunnah. Selain itu Imam as-Syafi’e juga meninggalkan kitab fiqhnya yang termasyhur berjudul al-Umm. Ajaran Imam as-Syafi’e diteruskan oleh beberapa anak muridnya yang utama seperti Abu Yaaqub al-Buwayti (231H/846M), Rabi’ bin Sulaiman al-Marali (270H/884M) dan Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani (274H/888M).



Imam Ahmad bin Hanbal [164H/781M – 241H/856M]

Imam Abu ‘Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal dilahirkan di Baghdad, Iraq, pada tahun 164H/781M. Ayahnya seorang mujahid Islam dan meninggal dunia pada umur muda, iaitu 30 tahun. Ahmad kemudiannya dibesarkan oleh ibunya Saifiyah binti Maimunah. Imam Ahmad bin Hanbal menghafal al-Qur’an sejak kecil dan pada umurnya 16 tahun beliau sudah menjadi penghafal hadith yang terkenal. Imam Ahmad bin Hanbal meneruskan pengajian hadithnya dengan sekian ramai guru dan beliau pada akhir hayatnya dijangkakan telah menghafal lebih daripada sejuta hadith termasuk barisan perawinya.

Pada tahun 189H/805M Imam Ahmad bin Hanbal berhijrah ke Basrah dan tidak lama kemudian ke Makkah dan Madinah untuk menuntut ilmu. Di sana beliau sempat duduk berguru dengan Imam as-Syafi‘e. Sebelum itu guru-gurunya yang masyhur ialah Abu Yusuf, Husain ibn Abi Hazim al-Washithi, ‘Umar ibn ‘Abdullah ibn Khalid, ‘Abdurrahman ibn Mahdi dan Abu Bakar ibn ‘Iyasy. Pada tahun 198H Imam Ahmad bin Hanbal ke negeri Yaman pula untuk berguru dengan ‘Abdurrazzaq ibn Humam, seorang ahli hadith yang besar ketika itu, terkenal dengan kitabnya yang berjudul al-Musannaf. Dalam perjalanannya ini Imam Ahmad mula menulis hadith-hadith yang dihafalnya setelah sekian lama.

Imam Ahmad bin Hanbal kembali semula ke Baghdad dan mula mengajar. Kehebatannya sebagai seorang ahli hadith dan pakar fiqh menarik perhatian orang ramai dan mereka mula mengerumuninya untuk belajar bersama. Antara anak muridnya yang kemudian berjaya menjadi tokoh hadith terkenal ialah al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud. al-Qasim ibn Salam pernah berkata: “Ahmad bin Hanbal adalah orang yang paling ahli dalam bidang hukum dan aku tidak melihat ada orang yang lebih mengetahui tentang as-Sunnah selain beliau. Beliau tidak pernah bersenda gurau, selalu berdiam diri, tidak memperkatakan apa-apa selain ilmu.”

Imam Ahmad bin Hanbal pernah hidup di dalam penjara kerana kekerasannya menentang Mazhab Mu’tazilah yang diterima oleh pemerintah Abbasid ketika itu. Mereka (pemerintah) memaksa Imam Ahmad mengesahkan mazhab baru tersebut. Imam Ahmad enggan dan ini menyebabkan beliau dirotan di dalam penjara sehingga tidak sedarkan diri. Akibat ketegasan Imam Ahmad bin Hanbal serta tekanan daripada para orang ramai akhirnya menyebabkan pihak pemerintah Abbasid telah terpaksa membebaskan beliau dari penjara. Imam Ahmad kemudiannya meneruskan pengajarannya kepada orang ramai sehinggalah kematiannya pada tahun 241H/856M, ketika berusia 77 tahun Hijriah.

Imam Ahmad bin Hanbal meninggalkan kepada dunia Islam kitab hadithnya yang terkenal iaitu “al-Musnad” yang mengandungi lebih kurang 30,000 hadith Rasulullah s.a.w dan atsar para sahabat r.a. Dua orang anaknya yang utama meneruskan perjuangan ayah mereka, iaitu ‘Abdullah bin Ahmad dan Shaleh bin Ahmad.


http://syahirul.com/imam-mazhab-yang-empat/

Thursday, December 22, 2011

Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga

Keunikan Malaysia


Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga




Ciri-ciri unik yang mencorak budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi dalam reka bentuk duit syiling Malaysia siri ketiga ini. Dengan tema ‘Keunikan Malaysia’, reka bentuk baharu duit syiling ini memaparkan motif-motif seni kraftangan tradisional dan keindahan flora dan fauna negara. Duit syiling ini menyerlahkan identiti kebangsaan Malaysia yang kaya dan pelbagai dengan begitu indah sekali. Seterusnya...


Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 50 sen Malaysia siri ketiga
50 sen

Sulur Kacang


Motif sulur kacang pada duit syiling 50 sen amat terkenal kerana sering digunakan oleh para pengukir dalam seni ukiran kayu dan perak mereka. Seterusnya...



Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 20 sen Malaysia siri ketiga
 20 sen


Bunga Melur


Bunga melur mendapat tempat yang istimewa dalam kebudayaan tiga kaum utama di Malaysia. Seterusnya...

Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 10 sen Malaysia siri ketiga
 10 sen

Orang Asli Motif


Orang Asli di Malaysia cukup terkenal dengan kemahiran seni anyaman daun-daun dan tumbuhan setempat untuk dijadikan perhiasan seperti hiasan kepala, selempang dan skirt yang dipakai di upacara dan majlis tradisional. Seterusnya...


Imej pandangan hadapan dan belakang duit syling 5 sen Malaysia siri ketiga
 5 sen

Destar Siga


Kain destar siga merupakan sejenis tenunan kain asli suku kaum Kadazan Dusun di Sabah. Ia biasanya dijadikan sebagai hiasan kepala dalam majlis tradisi mereka. Seterusnya...


http://www.bnm.gov.my/microsites/2011/coins/index_bm.htm

Wednesday, December 21, 2011

Alhamdulillah....P'mulaan Ayat yang Indah

Image Detail
Salam sejahtera,

Hmmm da lama benar rasanya xsibukkan jari ni dlm mengukir ayat2 manis dan rindu pada setiap ruang lam blog ni...disebabkan komputer ni ala-ala demam kura2 tu yg watkan hati ni merajuk tuk tempoh seketika....hari ni saya da b'jaya memulihkan balik semangat memblog ni...

Hari ni 22/12/2011, Alhamdulillah adik ummi yang ke se10 selamat b'juang dialam PMR dan m'dapat keputusan yang agak baik juga bagi ummi. 3A 3B dan 2C agak menarik juga, walaupon pemilik agak keputusan itu sedikit mengecewakan. Tapi setelah penat b'usaha, habis keringat menelaah buku, hasilnya agak baik dan tidaklah t'lalu mengecewakan bg ummi. Klu da rezeki Yang Maha Esa da tentukan itu jer rezeki kita, so maknanya itu jer lah. da t'tulis semuanya....

Xper, kita tinggalkan tuk seketika berita baik tu. Skang kita merantau m'bicara kan kisah hidup ummi b'sama anak baru ummi yang comel ni...

Da nak m'cecah 4 bln da puteri ke 2 ummi ni..xsangka juga ummi, umur m'jangkau 27,anak da 2...tapi apa pon tetap b'syukur....Alhamdulillah rezeki anak tidak pernah sekali umi tolak, biar tidak ada harta tapi jgn tidak ada anak...bagi ummi anak ibarat pelengkap hidup bukan saja di dunia, malah diakhirat jua. Maksud kpd apa yg ummi bicarakan tu ialah di dunia anak kitalah penyeri lam rumahtangga, tidak kira mcm mn rupa anak kita, diakhirat juga begitu...tanpa anak yg sll m'doakan ibu bapanya, maka tidak teranglah kubur kita dimana tempat p'semadian kita nanti...oleh itu pentingnya anak pada kita selaku anak kpd ibu kita dan ibu bapa kpd anak2 kita.

Sejak b'putarnya alam ini, ummi sudah 4 tahun melayari alam rumahtangga. B'bagai2 liku telah ummi lalui, samada manis, pahit, kelak, masam dll sudah sebati lam diri ummi. Tanpa semua tu kita xkan dewasa dan bahagia seperti sekarang....perasaan itu mengajar kita erti sebuah kehidupan. Kematangan kita diperolehi dgn p'bagai pengalaman yang m'jadikan kita manusia dan erti sebuah kehidupan.

T'nyata ummi amat b'syukur & b'terima kasih atas didikan IBUBAPA ummi dari kecil sehingga dewasa ini. Didikan mereka sedikit sebanyak m'bantu ummi dalam melayari liku2 kehidupan berumah tangga walaupon kadang kala ummi kalah dlm m'nyelesaikan masalah. Ummi seorang Wanita yang agak lemah. Dengan kehadiran anak2 lah yg m'jadikan ummi agak kuat dan berani. Bukan mudah untuk m'jalankan tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu dalam satu masa, dengan pangkat yg dianugerahkan kpd ummi m'buatkan ummi berani dan yakin mampu m'bina sebuah keluarga yang bahagia. Tapi kebahagiaan tidak akan t'capai jika hanya sebelah pihak sj yg inginkannya...sekarang ummi seolah2 boleh menarik nafas lega kerana kebahagiaan sudah mula m'hampiri dan menghantui kehidupan kami...

Dengan Ucapan yang Ikhlas dari Sanubari " Ummi kini Semakin Bahagia bersama 2 Puteri dan Suami yang T'sayang"
Inilah bukti cinta kami......


Ok lah, ummi berhenti disini dulu...jari2 ummi da semakin kaku da krn t'amat sejuk beku lam opis nih....t ada kelapangan kita b'sua k'bali...

sekian, salam sayang.....

Monday, December 12, 2011

Sunday, December 11, 2011

adik zulaikha apabila diagah....
adik zulaikha b'sama kakak humaira

 ummi b'sama adik zulaikha

 ummi dan adik zulaikha

kakak humaira, ummi dan adik zulaikha

 kakak humaira, ummi dan adik zulaikha...kami dalam p'jalanan pulang dari melaka...

 adik zulaikha dan ummi

 adik zulaikha dan ummi

 ummi, adik zulaikha dan kakak humaira ( baru sampai rumah dari cuti pantang)

 adik rasyiqah (1/8/2011) dan adik zulaikha (24/8/2011) sebaya, lahir dalam bulan yg sama...hari jer yg m'bezakan usia mereka berdua.....

 kakak humaira dgn bunga raya dikepalanya...

 adik zulaikha, di hari raya haji

 ummi dan kakak humaira setelah pulang dari kerja....

kakak humaira dgn aksi 'peace'nya....

Tuesday, November 22, 2011

Bermulanya lakaran tugas HarianKU....

Salam Sejahtera....

Hmmm, da lama rasanya ummi xupdate blog nikan...maklumla, cuti b'pantang selama 3 bulan begitu mengasyikkan. Hati ni baru jer merasa nikmat m'jadi surirumahtangga, t'paksa dilepaskan. Apakan daya panggilan tugas SYMP(Saya Yang Menurut Perintah) yg telah diikrarkan telah m'halang ummi dari terus dibuai mimpi. B'beza rasanya m'jadi isteri utk suami & ummi utk anak di masa kerja berbanding sepenuh masa...NIKMATNYA t'nyata b'beza.

Hari ini 22 November, hari p'mulaan tugas ummi di pejabat. rindu pada anak ummi Humaira & Zulaikha bukan kepalang. Tapi sabar itu m'jadi kekuatan ummi utk b'jumpa dgn 2puteri petang nanti. Seperti biasa kakak akan melangkah ke sekolah Taska tiap2 hari tanpa sebarang duka, namun p'pisahan ummi & adik m'jadi kepiluan. Tambah pula adik xnak minum susu botol, walau dlm pantang ummi ajarkan...tangisannya menunjukkan kedewasaannya ketika menolak susu botol t'sebut...

Tapi setelah dicuba-cuba, nak jugak adik hisap susu botol...Alhamdulillah moga dipermudahkan...Lega hati ummi nak tgglkan adik ngan Mak(pengasuh adik). Ummi datang jenguk adik tgh hari tadi, muka penuh senyuman...ummi masa mengandung sentiasa senyum (hehe yer ker) tu yg adik mudah senyum...

Tapi dlm kpl ummi masih ada kerisauan lagi...adik & kakak demam selsema teruk sampai 2-3 mlm xdpt tido..kesian, tp slps ummi mandikan pagi, lena tidornya.  Alhamdulillah Mak ckp badan adik xpanas..mlm tadi pon ummi ada basuhkan kpl adik ngan air asam jawa. Syukur padaNya...Cuma selsema adik n kakak yg masih belum baik lagi. Insyaallah, sikit jer ujian dariNya..yg pasti ummi tahu anak ummi kuat....

Hmm jam da menunjukkan nak masuk waktunya, xlama lagi bolehla jumpa adik n kakak...Hari ni hubby suruh bwk kereta, hmm risau gak da 3 bln tggl stereng kereta, ggp jugak rasanya. Nampak gayanya, ummi la yg kene ambil adik n kakak sbb hubby nak balik keje jln kaki...jogging la tu(nak kurus hehe)..xper ummi xkisah janji dpt jumpa adik n kakak...

Klah semua, ummi xtau nak tulis apa...sbb da lm tggl dlm pantang...tp xper, ummi akan cuba slow2 balik...lgpon baru lg ummi start keje...insyaAllah, masa masih panjang, ada rezeki jumpa lagi...

@@@salam muhibbah tuk semua yg sudi baca....sekadar coretan dibalik sanubari!!!!***......

Monday, October 3, 2011

Simbol Senyum ....suke suke suke





sumber

Solat Sunat Dhuha – Kunci Rezeki

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat  Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.
Di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” – Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi
Hadis-hadis diatas jelas menunjukkan tentang kelebihan solat sunat dhuha dan betapa besar ganjarannya apabila kita menunaikan solat sunat dhuha dan sentiasa beristiqamah dengan solat sunat ini. Tambahan pula antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaan mengenai solat sunat ini, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Doa Solat Sunat Dhuha:

Jadikan ia 1 Pengajaran yg Begitu BERMAKNA dlm hidup kita


Jangan menghampiri zina, kelak berlakulah kejadian seperti begini. Nyawa insan yg tak bersalah digadaikan demi menjaga maruah si pendosa. Nyawa insan tidak bersalah. Apa perasaan si bayi dalam kandungan. Mesti kesedihan melihat si ibu sanggup melakukan apa saja demi manja maruah.

Saturday, September 24, 2011

Bayi Lemas Dalam Selimut - 25 Sept 2011

PUTRAJAYA: Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan maut dipercayai lemas selepas tergumpal di dalam selimut ketika di bawah jagaan pengasuhnya di Presint 8, di sini, kelmarin.
Nur Harisya Miasarah Haizam meninggal dunia pada jam 9.30 malam, selepas lebih 11 jam bertarung nyawa ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Putrajaya.

Difahamkan, mangsa dibawa pengasuhnya ke Unit Kecemasan hospital terbabit pada jam 10.30 pagi selepas ditemui dalam keadaan tidak bermaya serta kelihatan lesu, biru dan tidak bergerak sejurus ditemui bergumpal dengan toto.
Menurut ibu mangsa, Hayati Idris, 28, dia menghantar anak ketiganya pada jam 6.30 pagi, bersama seorang lagi anak lelakinya berusia empat tahun.

Bagaimanapun, katanya, dia menerima panggilan daripada pengasuhnya pada 10.30 pagi yang memaklumkan Mia (panggilan manja) lemas dalam selimut dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Pengasuh memaklumkan ketika kejadian, anak saya berada di ruang tamu bersama abangnya dan beberapa kanak-kanak lain, sementara dia membawa seorang anaknya ke tandas.
“Sebaik keluar ke ruang tamu, dia lihat Mia di bawah selimut nipis dalam keadaan tidak bermaya, lesu, sedikit biru dan tidak bernafas.

“Dia kemudian membawa Mia ke unit kecemasan hospital untuk rawatan lanjut, memandangkan dia tidak tahu melakukan bantuan nafas mulut ke mulut atau Cardiopulmonary Resuscitation (CPR),” katanya ketika dihubungi Metro Ahad, di sini, semalam.
Hayati berkata, sepanjang menerima rawatan di ICU, anak sulung perempuannya kelihatan kritikal dan tidak memberikan tindakan positif kecuali menggerakkan jari tangan beberapa kali.

“Selepas itu, Mia langsung tidak menunjukkan reaksi positif hingga saat akhir dia meninggalkan kami pada jam 9.30 malam.

“Saya dan suami Haizam Sharif, 32, reda dengan pemergian Mia, mungkin sudah ajalnya. Kita tidak boleh menghalang takdir, sebaliknya terima pemergiannya dengan reda,” katanya yang mempunyai seorang lagi anak lelaki berusia enam tahun.

Katanya, jenazah kemudian dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Pasir Gajah, Kampung Gajah, Perak, dan selamat dikebumikan pada jam 11 pagi semalam.

Berikutan kejadian itu, Hayati membuat laporan di Balai Polis Daerah (IPD) Putrajaya, namun tidak bercadang mengambil tindakan terhadap pengasuh berkenaan.

Katanya, pada usia sembilan bulan Mia sudah pandai merangkak dan cuba berdiri sendiri.

Dikala Malam Kunjung tiba...

Salam,


sebenarnya agak lazy skit jari ni nak coret apa2 mlm ni, buka per still dlm tempoh pantang ini xberapa nak rajin sbb kejap2 anak nangis, kejap2 nyusukan baby, kejap2 kakak mandi dll. moga u oll paham la kan.


  time rajin ni ummi nak masukkan sedikit pic t'baru anak2 ummi ngan lagak t'sendiri...moga u olls seyum tengoknya hehe...


pic ni, adik Nur Hanis Zulaikha cukup 30 hari hari ni...


haaa muka teruja...ikut muka ayah dia...xleh nak kata apa da ..


ha ini kakak Nur Hana Humaira....kecomelannya buat ramai yg t'tawan...hehe
 ready depan pintu tuk ikut kemana sajer mak2 sdara n pak2 sdara pi....


bukan mudah nak ambil gambr kakak...penat mujuk


klu da ok mmg pandai b'gaya...


ok lah semua, ummi kene tengokkan baby lak...klu ada kelapangan kita b'sua lagi....k salam sayang dari ummi...

Monday, September 19, 2011

Ibu dalam pantang, bayi maut nahas - Selasa, 20 September 2011


BATU PAHAT: Niat murni seorang suami membawa pulang isteri yang masih berpantang bagi menjaga wanita itu dan bayi perempuan berusia 23 hari berakhir tragedi apabila kereta dipandunya terbabit kemalangan di Kilometer 5.1 Muar-Yong Peng, berhampiran Parit Yaani, di sini, kira-kira jam 1.05 pagi semalam.
Dalam kemalangan itu, isterinya terbunuh di tempat kejadian manakala anaknya meninggal dunia lima jam kemudian.


Selain dua beranak terbabit, pemandu kereta lain yang juga pegawai tentera, Khairul Azam Buhari, 26, berpangkat kapten meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan.


Difahamkan, ketika menyambut Aidilfitri di Kelantan, baru-baru ini, Mohd Hanizan Bahari, 28, terlalu rindukan isterinya, Azalina Mat Yasin, 27, dan anaknya itu sebelum mengambil keputusan membawa pulang ke rumahnya di Sri Gading, di sini.


Bagaimanapun, ketika tiba di lokasi kira-kira 10 kilometer dari rumahnya bersama ibu, Habsah Ab Latiff, 58, dan ibu saudaranya, Khadijah Omar, 60, kenderaan dinaiki keluarga berkenaan bertembung sebuah kereta lain.



Bapa mangsa, Bahari Abdul Ghani, 57, berkata ketika menyambut Aidilfitri lalu, Mohd Hanizan asyik mengambil gambar anak dan isterinya, malah ketika diajukan soalan, dia menjawab itu akan dijadikan kenang-kenangan, namun tidak menyangka foto diambilnya itu menjadi memori tidak dapat dilupakannya.



“Ketika itu dia asyik mengambil gambar dua beranak berkenaan. Pada mulanya kami hairan, namun apabila dia mengatakan mahu menjadikan kenangan kami membiarkan saja kerana maklum itu anak pertama mereka.


“Bagaimanapun, kami tidak menyangka ia kenangan terakhir mereka sekeluarga sebelum kejadian ini,” katanya.


Menurutnya, dia menerima panggilan awal pagi semalam daripada seorang ahli keluarga yang memaklumkan kejadian itu dan bergegas ke Hospital Batu Pahat untuk melihat keadaan keluarganya.


“Sejurus menerima berita itu, saya bersama beberapa keluarga bergegas dari Kelantan dan menuju Unit Forensik Hospital Batu Pahat.



“Sebaik tiba, baru saya mengetahui menantu dan cucu saya sudah pergi meninggalkan kami, manakala isteri, Habsah, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Hanizan serta ibu saudaranya, Khadijah, masih menerima rawatan di wad,” katanya. Katanya, walaupun sedih dengan kejadian itu, namun mereka reda dan menganggap semua berlaku ketentuan Ilahi, malah akan menguruskan proses penghantaran pulang kedua jenazah ke kampung mereka di Kampung Takang, Bachok, Kelantan.



Harian Metro difahamkan, Hanizan bertugas di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) Sri Gading di sini, sebagai pegawai latihan vokasional, sementara isterinya, seorang guru agama dan mengajar di sebuah sekolah di Sabah.



Ketika ditemui di wad semalam, Hanizan belum mampu bercakap dan cedera serius serta patah kaki kanannya, namun ditemani beberapa rakan dari KKTM.



Dalam kejadian kira-kira jam 1.05 pagi itu, Hasnizan yang memandu Proton Waja bersama isteri, anak, ibu dan ibu saudaranya dalam perjalanan pulang dari kampung mereka di Bachok, Kelantan, sebelum bertembung Perodua Kancil dipandu Khairul Azam.



Difahamkan, Khairul Azam bertugas di sebuah kem tentera di Taiping, Perak dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.


Wednesday, September 14, 2011

Kelahiran Puteri-puteriku di Alam Fana

Assalamualaikum semua....

Da lama benar rasanya tak menulis sesuatu kat sini...di pagi ni rasa cam rajin lak...tp, kita tengok ler pa la jari ni nak taip. Ok first, saya nak ucap tahniah kat diri sendiri sebab selamat melahirkan baby Girl yg ke2 yg diberi nama Nur Hanis Zulaikha binti Hasnan.

Ha, masih ingat lagi anak saya yg p'tama, Nur Hana Humaira bt Hasnan. Hmm nmnya nmpk mcm biasa jer kedua-dua anak pompuan saya ni, tp sebenarnya disebalik nama mereka ialah nama-nama isteri Nabi kita. Bukan apa, sbb nm2 isteri nabi kita, para-para ulama, para ilmuan, para-para pendakwah sll menyebut akan nama-nama isteri Nabi sbgi contoh dlm pengajaran atau dlm sesi ceramah mereka. Mereka sll disebut sbgi isteri yg solehah, isteri yg penyabar, yg cantik, yg baik budi pekertinya, yg baik bicaranya dsbgnya. Sbb itulah nama-nama isteri Nabi m'jadi pilihan hati saya untuk menamakan kpd kedua-dua puteri saya ini.

Nur Hana Humaira & Nur Hanis Zulaikha, inilah pengubat suka & duka bagi ummi & ayah. Tanggal 7 Mac 2009 lahirlah kakak yg beratnya 3.51 di alam fana ini di Hospital Putrajaya. Kelahiran kakak secara pembedahan buat ummi mula memikirkan akan kuasa dariNya. Ternyata hati ini begitu b'syukur walau tidak dilahirkan secara normal, dgn lahirnya sihat sejahtera di dunia ini ttp m'gembirakan hati ummi n ayah. B'usia 2 thn 6 bln hari ini t'nyata telah menampkkan kedewasaannya setelah lahirnya adik Nur Hanis Zulaikha.

Dalam Umat Islam menghayati bulan Ramadhan dgn penuh keberkatan, pd 24 ogos 2011 jam 3.30 ptg, ummi pula sebaliknya sedang b'tarung nyawa untuk melahirkn adik Nur Hanis Zulaikha pd jam tepat 4.48 ptg di Hospital Kajang seberat 4kg. T'nyata p'tarungan yg sengit sehingga m'bawa risiko kpd adik m'buatkan ummi seolah kehbisan nyawa apabila doct mengesahkan adik dlm risiko kehilangan krn bhu t'sangkut & muka adik dah kebiruan krn tidak cukup oksigen(risiko lemas). Atas kepantasan & kecekapan doct pakar telah menyelamatkan ummi & adik dari terus kehilangan. Kuasa Tuhan telah menyelamtkn kami b'dua. Bersyukur Atas KuasaNya krn diberi peluang kpd ummi & adik untuk menikmati hidup yg indah ini.

Dalam menjangkau usia 27 tahun, ummi & ayah telah dikurniakan 2 orang cahaya mata perempuan yg comel. Ternyata rezeki ini akan kami jaga didik sebaik mungkin agar menjadi anak yg solehah demi diri, ummi & ayah, keluarga, masyarakat, agama & negara amnya.

Rasanya setakat ini sj dulu coretan dari jari2 manis ini mencoret, insyaAllah jika ada kelapangan akan di coret lagi...

Salam sayang dari Saya Wan Najmiah, suami Hasnan dan anak2 yang comel Nur Hana Humaira & Nur Hanis Zulaikha.

Monday, February 7, 2011

Ku Keterpaksaan....

Assalamualaikum... Salam sejahtera...

7-2-2011 : Ummi : Bermulanya hari pertama memandu kenderaan ke pejabat....semangat n keberanian t'serlah walaupun perasaan gugup masih melinap dlm diri ini. Alhamdulillah, sehingga sampai rumah sampai dlm keadaan selamat dan baik.
: Humaira : Hari pertama balik naik kereta dgn Ummi, nak duduk sit belakang, tapi merengek jer, maybe nak duduk skali ngan Ummi nak drive. Tp ummi cuba pujuk dia untuk main dgn kasut dia yg cantik. Diam sekejap. Keluar dari kereta, tabiat biasa yg dia tunjuk ialah nak b'dukung, alahai mak, bukan ringan. tp anak punya pasal kiri kanan tgn penuh. Smpi jer rumah, hmm merengek sambil tunjuk kaki dia yg luka t'belah entahlah kene apa. "Ummi, akit, tak ubat-tak ubat""ehek ehek ehek""Ummi, letak ubat, ubat ubat", antara butir tuturkata dia dlm rengetan. Walaupun kdg-kdg geram, tp lucu n kesian pon ada, yer lah anak sendiri kan, walau apa pon reaksi dia ttp mencuit hati. xtakut dgn ubat, kira oklah tu. Kerja rumah satu pon xboleh nak buat, hehehe apa lagi nak dukung lah, nak suruh sentiasa letak ubat dekat luka dia, kejap-kejap ubat, kejap-kejap ubat hehe.
: Rumah : Hmmm b'cakap pasal rumah pula, kira b'nasib baik sempat masak nasi guna dapur biasa, dapur elektrik dah rosak. rebus juga telur masin, tp boleh dikatakan sempat la masak 2 perkara tu. Elok2 jer gas habis. Hmm dugaan tul time Hubby xder ni, cuba call GAS kat P.11, katanya xckp org nak antar, call GAS P.9 pulak xdpt, last2 mtk tlg adik carikan gas. Agak2 dlm pukul 8.30mlm barulah gas sampai. kesian Humaira, lapar. Bagi nasi putih ngan telur rebus mkn alakadar jer, kicap pulak time tu jugak habis.....huhuhu ujian, kesian anak Ummi. Last2 dlm pukul 9.30 mlm tidurkan anak, ngan Ummi-ummi 'tidur. Sedar2 jam dah 11.30mlm, paksa jugak bangun mkn nasi putih, telur masin, sambal belacan n b'ulamkan kacang panjang....jalannnnn hahhaha...

8-2-2011 : Ummi : Pemanduan hari ke-2 ke pejabat agak huru-hara skit, maybe disebabkan gemuruh terus jadi mcm gelojoh skit ttp slmt sampai pejabat. Awal pagi hari ni 3 kali kereta mati sebelum memulakan perjalanan. Dlm perjalanan pula, agak kelamkabut skit sbb gear susah nak masuk, so b'dengung sekejap sehingga gear b'jaya ditukar ke gear rendah. Apa yg melucukan n menakutkan jugak, smpi jer di opis, silap masuk jln yg mn jln sehala tp diredah juga sbb xperasan punya hal, nasib baik xder kereta tu yg ok skit klu tidak mahu kelamkabut. Nampak jer parking kosong terus jer masuk xkira tmpt tu di kawasan teduh ker panas, hehehe. Tapi dalam jam 9.30pg, terus turun untuk alihkan kereta ker tempat parking yg agak baik n cantik skit. cuba belajar parking secara mengundur, masukkan bonet kereta t'lebih dulu. Nak biasakan parking dlm keadaan begitu. Alhamdulillah setakat ini baik n memuaskan.

hmmm buat masa ni, itu jer la yg ada lam kepala otak ni....sbb kepala pon masing pening-pening lalat sbb mabuk alahan lagi, so rasa mcm menerawang jer kepala hahaha....klu ada masa esok lak sambung crita pasal pemanduan nih...ok, roger.......hahaha

iklan Nuffnang