Kami disini

Thursday, June 24, 2010

25 Jun 2010 - Arwah Adik Alanna

salam kpd pembaca.....

hari ini 25 Jun 2010, saya terbaca satu artikel dari blog "mayyonnizz.blogspot.com", di dlm blog ni t'lukis satu kisah sedih adik Alanna telah pergi meninggalkan ibu bapanya pd 5 Jun 2010 baru2 ini...

pilu hati ini membaca luahan hati seorang insan b'gelar bapa kpd Alanna...
tp di tahap mn pulakah isi hati si ibu tatkala melihat sekujur tubuh anak yg dikandung 9bulan, dimandikan, didodoikan, disusukan....apabila rutin biasa diesok pagi, anak itu tiada dlm dakapannya, juga tiada dlm pelukannya untuk dimandikan, untuk disusukan & untuk didodoikan.....
aduh....alangkah berat dugaanMu untuk kami b'gelar ibu menerima dugaan ini....

Namun begitu, kami sedar Engkau layakkan kami menjadi manusia b'gelar ibu.....dan Engkau juga Yakin bahawa kami mampu menerima DugaanMu ini.....

Subhanallah....perhitunganMu ternyata Benar

Terima kasih YaAllah kerana didunia ini kami diuji untuk peroleh ketakwaan & bukan dilalaikan untuk kemewahan di dunia pinjaman....sesungguhnya kami sedar Permata kami sudah sedia mengiringi kami ke Syurga yg Kekal Abadi.....Amin.....

....Alfatihah untuk adik Alanna....

Wednesday, June 16, 2010

my family
















my family
















my family
















my picture











Doa agar suami isteri saling mengasihi - 17 Jun 2010

“Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku” [HR Muslim]

Doa kepada Abu Hurairah dan Ibunya itu telah ditambah sedikit oleh Nabi s.a.w.

Dari buku "Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari". Zahazan Mohamed, Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid.



KISAH ABU HURAIRAH R.A DAN IBUNYA DIDOAKAN RASULULLAH S.A.W

Abu hurairah (al-Mujtahid al-Hafiz Abu Hurairah al-Dausi al-Yamani = Ketua para penghafal hadis Nabi s.a.w yang terkenal

Nama Ibu = Umaimah bt. Sabieh

Abu Hurairah memeluk Islam selepas datang ke Madinah menziarahi Nabi s.a.w. pada bulan Muharram 7 Hijrah.

Ketika beliau memeluk agama Islam, ibunya masih belum beriman, menentang Islam serta memburukkan Nabi s.a.w.

Abu Hurairah telah bertemu Nabi s.a.w. memohon doa agar ibunya diberi hidayah. Dengan kesungguhan rayuan beliau, baginda dengan sifat rahmatnya telah memohon kepada Allah dengan doa yang ma’thur, [bermaksud] “Ya Allah, berikanlah hidayah Mu kepada ibu Abu Hurairah”

Mendengar doa itu, Abu Hurairah menuju ke rumahnya dalam keadaan gembira dan yakin akan kemakbulannya. Sebaik sahaja sampai ke rumah, beliau mengetuk pintu tetapi ibunya menyuruh beliau menunggu di luar rumah. Kedengaran dari luar bunyi air mandian dicurahkan. Kemudian ibunya keluar dalam keadaan bertudung kepala dan mengucap syahadah.

Abu Hurairah amat gembira mendengarnya dan segera bertemu semula Rasulullah s.a.w. untuk memberitahu baginda tentang pengislaman ibunya.

Abu Hurairah meminta lagi Nabi s.a.w. agar mendoakan beliau dan ibunya agar menjadi manusia yang disayangi oleh orang lain. Nabi berdoa [bermaksud] “Ya Allah, jadikanlah hamba-Mu ini dan ibunya dicintai pada hati orang yang beriman, dan jadikanlah mereka mencintai orang yang beriman (Riwayat Muslim).

Kesan daripada doa Nabi ini menjadikan semua Mukmin yang mendengar nama Abu Hurairah akan menjadi gembira dan sayang kepadanya.

Ibu beliau pula menjadi wanita solehah yang kerap mendahulukan hak Allah dan Islam mengatasi tuntutan peribadinya.

Monday, June 14, 2010

15 Jun 2010 - Isra' dan Mikraj

Israk
perjalanan Nabi Muhammad s.a.w pada suatu malam dari Masjidil Haram di Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin, dalam tempoh singkat.

Mikraj
Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w naik dari alam bawah (bumi) ke alam atas (langit) sampai ke tujuh langit dan ke Sidratul Muntaha, iaitu dari Masjidil Aqsa di Palestin naik ke atas melalui beberapa lapisan, menuju Baitul Makmur dan Sidratul Muntaha, ke Arasy menerima wahyu Allah yang mengandungi perintah solat lima waktu sehari semalam.

Kesahihan peristiwa israk dan mikraj

Tarikh berlaku Israk dan Mikraj
Tanggal 27 Rejab tahun ketiga sebelum Nabi s.a.w berhijrah. Ketika itu, nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib.

Rentetan peristiwa

Sebelum Israk

Ketika nabi tidur di makam Nabi Ismail a.s dekat Kaabah diapit dua saudaranya, Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib.Tiba-tiba, datang malaikat Jibril membawanya dan membelah dadanya. Hati baginda dibersihkan dengan air zam-zam, dibuang ketul hitam, diisinya dengan iman dan hikmah, kemudian ditutup kembali dan dimeterikan dengan 'khatimin nubuwwah.

'Selesai pembedahan, didatangkan sejenis haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa (Israk) dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.

Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan cahaya, iaitu 300,000 kilometer setiap saat. Kecepatan Buraq sekelip mata di antara Makkah dan Palestin.

Semasa Isra' (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa )
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah )

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan
tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:

SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM.

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

15 Jun 2010 - Tempayan nan retak

Seorang tukang air memiliki dua tempayan besar, masing-masing bergantung pada kedua hujung sebuah pikulan, yang dibawa menyilang pada bahunya. Satu dari tempayan itu retak, sedangkan tempayan yang satunya lagi tidak.

Jika tempayan yang tidak retak itu selalu dapat membawa air penuh setelah perjalanan panjang dari mata air ke rumah majikannya, tempayan itu hanya dapat membawa air setengah penuh.

Selama dua tahun, hal ini terjadi setiap hari. Si tukang air hanya dapat membawa satu setengah tempayan air ke rumah majikannya. Tentu saja si tempayan yang tidak retak merasa bangga akan prestasinya, kerana dapat menunaikan tugasnya dengan sempurna. Namun si tempayan retak yang malang itu merasa malu sekali akan ketidaksempurnaannya dan merasa sedih sebab ia hanya dapat memberikan setengah dari jumlah yang seharusnya dapat diberikannnya.

Setelah dua tahun tertekan oleh kegagalan pahit ini, tempayan retak itu berkata kepada si tukang air,

"Saya sungguh malu pada diri saya sendiri, dan saya ingin mohon maaf kepadamu."

"Kenapa?" tanya si tukang air, "Kenapa kamu merasa malu?"

"Saya hanya mampu, selama dua tahun ini, membawa setengah jumlah air dari yang seharusnya dapat saya bawa kerana adanya retakan pada sisi saya telah membuat air yang saya bawa bocor sepanjang jalan menuju rumah majikan kita. Kerana cacatku itu, saya telah membuatmu rugi." kata tempayan itu.

Si tukang air merasa kasihan pada si tempayan retak, dan dalam belas kasihannya, ia berkata, "Jika kita kembali ke rumah majikan besok. Aku ingin kamu memerhatikan bunga-bunga indah di sepanjang jalan.

"Benar, ketika mereka naik ke bukit, si tempayan retak memerhatikan baru menyedari bahwa ada bunga-bunga indah di sepanjang sisi jalan, dan itu membuatnya sedikit terhibur. Namun pada akhir perjalanan, ia kembali sedih kerana separuh air yang dibawanya telah bocor, dan kembali tempayan retak itu meminta maaf pada si tukang air atas kegagalannya.

Si tukang air berkata kepada tempayan itu, "Apakah kamu memerhatikan adanya bunga-bunga di sepanjang jalan si sisimu tapi tidak ada bunga di sepanjang jalan di sisi tempayan yang lain yang tidak retak itu.
Itu kerana aku selalu menyedari akan cacatmu dan aku memanfaatkannya. Aku telah menanam benih-benih bunga di sepanjang jalan disisimu, dan setiap hari jika kita berjalan pulang dari mata air, kamu mengairi benih-benih itu.
Selama dua tahun ini aku telah dapat memetik bunga-bunga indah itu untuk menghias meja majikan kita. Tanpa kamu sebagaimana kamu ada, majikan kita tak akan dapat menghias Rumahnya seindah sekarang.

"Setiap dari kita memiliki cacat dan kekurangan kita sendiri. Kita semua adalah tempayan retak. Namun jika kita mahu, Tuhan akan menggunakan kekurangan kita untuk menghias-Nya.
Di mata Tuhan yang bijaksana, tak ada yang terbuang percuma. Jangan takut akan kekurangan kita. Kenalilah kelemahan kita.
Ketahuilah, di dalam kelemahan kita, kita menemui kekuatan kita.

15 Jun 2010 - 4 golongan lelaki

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberikemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan ti ndak tanduk isterinya. Bergaul ! be! bas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh,saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kauakan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang- abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaranIslam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya ! menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa... kerana ibu juga insan biasa... tak lepas dr melakukan dosa... selamatkanlah dia dr menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau jugaakan ditarik menjadi penemannya.)...............................................

Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka ! ka! um lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;

"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."

15 Jun 2010- Nasihat ibu kpd anak d mlm p'kahwinan

Apabila seorang anak perempuan bakal menjadi permaisuri kepada si suami, maka ibunya telah melemparkan butiran-butiran nasihat dan wasiat untuk dijadikan pedoman dalam mengharungi ranjau kehidupan sebagai seorang isteri:

Wahai anak perempuanku,

"Sesungguhnya seandainya wasiat ini ditujukan buat seseorang yang memiliki adab yang mulia, nescaya ianya juga ditujukan buat dirimu. Wasiat ini merupakan peringatan kepada mereka yang alpa dan bekalan buat mereka yang senantiasa berakal".

Jikalau seorang perempuan berhajat kepada sebuah perkahwinan kerana ingin membantu kedua ibu bapanya dan semata-mata pengharapan keduanya terhadap wanita tersebut, maka kamu merupakan wanita yang tidak memerlukan perkahwinan. Akan tetapi seseorang wanita itu diciptakan untuk lelaki, begitulah juga halnya, seseorang lelaki diciptakan untuk wanita.

Wahai anak perempuanku,

"esungguhnya engkau tidak pernah terpisah dengan suasana yang engkau miliki sebelum ini, hidup bersama keluarga, lalu engkau telah keluar dan gantikan sarang yang telah duduki selama ini berpindah menuju ke sangkar yang engkau tidak pernah engkau ketahui dan hidup bersama teman yang tidak pernah engkau rasai. Maka suamimu akan menjadi teman, pengawal dan raja ke atas dirimu, sedangkan kamu hamba buat dirinya, segera menyahut seruannya.

Ambil perhatian dalam sepuluh perkara dari diriku (ibumu) sepuluh wasiat ini akan menjadi pemangkin dan ingatan buat dirimu:-

1. Temanilah suamimu dengan penuh rasa kesederhanaan.
2. Dampingilah suamimu dengan menjadi teman yang setia.
3. Hulurkanlah ketaatan yang jitu kepada suamimu.
4. Berdampinglah dengan suamimu pada setiap tempat dan waktu serta tunaikanlah
setiap permintaannya.
5. Wahai anakku, jangan biarkan keburukanmu dilihat oleh suamimu dan jangan biarkan
dia menghidu sesuatu darimu melainkan sewangi-wangi bauan.
6. Peliharalah waktu makan suamimu serta tenangkanlah tidurnya. Sesungguhnya rasa
lapar suamimu merupakan nyalaan api yang membara, hilangkan rasa ngantuknya
pula, merupakan sesuatu yang sangat dimarahi.
7. Peliharalah rumah dan hartanya serta pekalah terhadap dirinya dan anak-anaknya.
Sesungguhnya kepekaan terhadap hartanya adalah sebaik-baik penghargaan.
8. Pekalah terhadap anak-anak dan maruah suamimu sesungguhnya kepekaan itu
merupakan sebaik-baik pengurusan.
9. Jangan engkau dedahkan rahsianya dan jangan ingkari suruhannya kerana seandainya
engkau dedahkan rahsianya, engkau tidak akan aman dari sikap curangnya, seandainya
engkau ingkari suruhannya, perbuatanmu akan mengeruhkan hubungan antara dirimu
dan suamimu
10. Wahai anakku, muliakanlah suamimu maka dia akan memuliakanmu, jadilah
seorang wanita yang memahami jiwa suamimu, maka suamimu akan senantiasa
bersamamu.

Ketahuilah anakku,

"Sesungguhnya engkau tidak akan mencapai apa yang engkau idam-idamkan sehinggalah engkau berjaya datangkan reda suamimu terhadap dirimu. Moga-moga Allah datangkan kebaikan buat dirimu".

15 Jun 2010 - MEMBACA YASSIN.

Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut " SALAMUUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM " diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baik mu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin

6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin

7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....AMINnnnn.--------------------------------------------

Ada satu rahsia surah Yassin lagi:
1. Yasin, Yasin, Yasin, Yasin (7x) ayat 1
2. Zalika takdirul 'azizul 'alim (14x) ayat 38
3. Salamun kowlam mirrobbirrohim (16x) ayat 58
4. Awalai sallazi kholakos sama watiwal ardzo bikhodirin 'ala anyahluko mislahum bala (3x) ayat 81

Khasiatnya :
1. Jika membaca yassin seperti kaedah tersebut, sama membaca yassin 40 kali dengan sekali baca saja.
2. Berdoa setiap tempat atau selepas ayat tersebut bagi sesuatu hajat dengna ikhlas akan disampaikan Allah segera sebarang hajat hambanya

16 Jun 2010 - Petua dari Rasulullah S.A.W

Sebenarnya ini lebih kepada pesanan or wasiat dari Rasulullah S.A.W kepada Sayyidina Ali untuk panduan pasangan suami isteri .. wasiat ni mawar dapat masa mengikuti seminar 'I love U' dekat seremban .. ada 28 semuanya .. kat sini disampaikan dulu 2 wasiat ..

1) Wahai Ali ! jika kamu berjima' dengan isterimu pada malam khamis, maka Allah akan kurniakan kamu berdua anak yang bijaksana dikalangan yang bijaksana, atau seorang yang alim dikalangan org yang alim.

2) Jika kamu berjima' dengan isteri kamu waktu matahari di tengah langit, Allah kurniakan kamu seorang anak yang tidak dihampiri oleh syaitan sehingga ia beruban(tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia. -----------------"

Mencari cinta sejati umpama mencari berlian di dlm timbunan kaca,dlm pencariannya kita pasti akan terluka"

BUAT YANG BERNAMA ISTERI

ISTERI KU SAYANG
ISTERI YANG DI KASIHI
ADALAH WANITA PILIHAN YANG BERANI
MENGHULURKAN BUDI DAN PEKERTI
DENGAN PERIBADI YANG TERPUJI
BERTUNAS DARI SANUBARI

ISTERI YANG IKHLAS
HARAPAN DAN IMPIANMU
MENJEJAK TANGGA KERUKUNAN
MEMBINA MAHLIGAI KESETIAAN
TERTAKLUK PADA TINGKAH
TUMPAS PADA LANGKAH YANG GOYAH
DALAM LAUTAN PANCAROBA
DIUSIK PRADUGA YANG MERONA

ISTERI YANG DISANJUNG
SECANGKIR MADU DAN SEGELAS RACUN
MENUNGGUMU DILORONG KEHIDUPAN
MENANTIMU MENGGONCANG KEADILAN
MELETAKKAN KEBENARAN PADA SALURAN TAKWA
PADA HIMPUNAN KEKAL
BERTATAHKAN SEDAR DAN RELA

ISTERI YANG CEMERLANG
MENGALIRLAH SALJU NAN TENANG
UNTUK PARA SURI BUDIMAN
UNTUK MENGORAK LANGKAH KESOPANAN
MEMINTAL BUIH-BUIH KEJUJURAN
YANG BERTEMALI DARI HATI DAN NURANI
MENEGUHKAN IMAN SEJATI

KETABAHANMU DALAM MENEPIS GODAAN
ADALAH KEMULIAAN YANG PALING MURNI
BERSEMI BERSAMA KELUHURAN SUFI
GIGIH MENDAKI TANGGA PELANGI
MENJULANG KESABARAN YANG TINGGI

BERLUNAKLAH MENDIDIK ISTERI

Assalamualaikum W.B.T.....

Pada mereka yang belum sempat membaca artikel ini dan telah berumah tangga atau bakal mendirikan rumah tangga. Kalau ada apa2 masalah keluarga, sila lah mohon si suami membaca dan seterusnya menghayati artikel ini. Katakanlah pada si suami bahawa isteri itu adalah ladangnya. Jagalah amanah Allah tersebut agar ladang tersebut dapat membuahkan hasil yang subur dan berbau harum. Amin.

BERLUNAKLAH MENDIDIK ISTERI

Dalam kehidupan berumahtangga sudah tentu tidak dapat dielakkan perselisihan faham antara suami isteri. Sama ada ia berpunca dari suami atau pihak isteri. Namun apa yang penting ialah bagaimana mereka menghadapinya serta menyelesaikan masalah yang menimpa mereka.

Sesetengah suami apabila mendapati isterinya marah-marah, terus tinggalkan isteri tanpa menyelidik apa punca sebenar.Kadang-kadang sampai berhari-hari tidak pulang kerana runsing dengan karenah isteri yang suka mengamuk dan membebel. Tidak kurang juga yang mencari hiburan luar, semata-mata untuk menenangkan fikiran yang runsing itu. Malah ada yang bermain kayu tiga kononnya isteri di rumah tidak pandai melayan, hanya suka marah-marah sahaja.

Kalau begini tindakan yang diambil, sebenarnya ia bukan menyelesaikan masalah, tetapi menambah masalah.Suami adalah pemimpin dan guru kepada isterinya. Suami tidak seharusnya hanya mengeluh dan menyalahkan isteri semata-mata tanpa mendidiknya terlebih dahulu. Sebagai suami, di samping tugasnya mencari nafkah untuk seisi keluarga, dia juga wajib mendidik isteri serta anak-anaknya. Dan proses mendidik ini bukan cukup hanya sekali dua di nasihati, tetapi ia memakan masa yang lama.

Pada saat isteri sedang marah-marah, janganlah dihadapi isteri dalam keadaan marah-marah juga. Lebih-lebih lagi jangan menghadapinya dengan kasar, keras atau menghukumnya. Sebab wanita itu lemah, dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok, kalau dikasari ia akan terus bengkok dan mungkin patah. Rasulullah SAW bersabda :

“Hendaklah kamu berlaku dan berbicara baik-baik denganwanita, kerana mereka diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan yang paling bengkok ialah yang berada di bahagian atas. Jika kamu meluruskannya ia akan patah dan jika kamumembiarkannya ia akan tetap bengkok. Kerana itu hendaklah kamu berlaku dan berbicara sebaik-baik dengan wanita”

Suami hendaklah bijaksana dalam menghadapi ragam isteri serta sentiasa bersabar dan tidak tergesa-gesa mengambil tindakan. Dalam hal ini, Rasullullah SAW merupakan contoh terbaik dan sempurna.Baginda berlaku begitu adil dan baik terhadap isteri-isterinya. Bahkan bagindalah orang yang paling tabah dan sabar menghadapi ragam ketika sedang marah, memperlihatkan rasa cemburuatau di saat sedang berselisih faham dalam sesuatu perkara. Semuanya itu baginda hadapi dengan lemah lembut, penuh berhikmah dan kasih sayang, sambil memberikan peringatan yang baik.

Pernah berlaku wanita seramai 70 orang berkumpul dikediaman isteri Rasulullah SAW, semuanya mengeluh dan salingmenyalahkan pelakuan suami masing-masing. Apabila perkara ini diketahui oleh RasulullahSAW, baginda tidak terus marah malah tetap bersabar.Bagindabersumpah tidak akan menghampiri kesemua isterinyaselama sebulan.

Tindakan itu baginda lakukan sebagai pendidikan kepada mereka.Tatkala itu baginda benar-benar pandai meletakkan kesabaran pada tempatnya dan menempatkan kemarahan pada tempatnya. Hasil daripada tindakan itu, kesemua isteri baginda bertaubat denganbersungguh-sungguh hati menyesali perbuatan mereka. Begitu didikan Rasulullahyang sangat berkesan pada isteri-isteri baginda.

Begitu juga dengan para Sahabat, mereka mengambilsikap sabar apabila ada sesuatu perkara yang tidak kena denganisteri mereka. Pernah pada satu ketika datang seorang lelaki ke rumahKhalifah Umar Ibnu Khattab r.a untuk mengadukan karenah isterinya. Beberapa saat lamanya dia menunggu si sepan pintu, tiba-tba dia terdengar suara isteri Khalifah Umar sedang marah-marah pada suaminya, tetapi Khalifah tetap diam dan tidak menyahut. Melihatkankeadaan seperti itu lelaki tersebut pergi meninggalkan tempat itusambil berkata pada dirinya: “Kalau keadaan Amirul Mukminin seperti itu, apa lagilah keadaanku!”

Tetapi sebaik sahaja dia hendak melangkah pergi,Khalifah Umar keluar dan memanggilnya. Umar bertanya,

“Apakah tujuankedatnganmu?” “Ya Amirul Mukminin, aku datang untuk mengadu kelakuanisteriku. Dia sangat cerewet dan sering menghamburkan kata-kata kesat kepadaku. Akan tetapi apabila aku sampai di depan rumah Amirul Mukminin, aku dengar isteri tuan juga sama dengan isteriku. Kerananya aku laluberfikir, “Kalau isteri Amirul Mukminin pun sepertiitu, apa lagilah isteriku.”

Khalifah Umar menjawab:

“Aku tabah dan sabar menghadapi kenyataan itu kerana dia telah menunaikan kewajipan dengan baik terhadapdiriku. Dialah yang memasak makananku, dialah yang membuat roti bagiku,dialah yang mencuci pakaianku, dialah yang menyusukan anak-anakku, padahal itu bukan merupakan kewajipan baginya.

“Dan dialah juga yang mententeramkan hatiku sehingga aku dapat menjauhkan diriku dari perbuatan yang haram. Kerana itulah aku tabah dan sabar mendengarkan apa sahaja yang dikatakannya mengenai diriku!”Lelaki itu menyahut: “Ya Amirul Mukminin, demikian juga isteriku!” Khalifah Umar kemudian menasihatinya: “Saudara,bersabarlah menghadapi isterimu, kerana keadaannya itu hanya sebentar sahaja.”

Jadi, para suami hendalah selalu bertolak ansur dan memberi kemaafan sekiranya berlaku krisis dengan isteri. Tidak ada gunanya diikutkan rasa marah kerana marah adalah kunci kepada segala kebencian dan pergaduhan. Tidak rugi kepada orang yang menahan rasa marahnya.

Hadis Rasulullah SAW :

“Ada tiga perkara yang jika ada antara kamu yangmelakukannya Allah berkenan melimpahkan perlindungan dan rahmat kepadanya serta memasukkannya ke dalam Syurga-Nya. Iaitu orang yang jika yang diberi ia berterima kasih (bersyukur), jika diperlakukan hal yang buruk ia memberi maaf dan jika marah ia dapat menahan diri.”

Rasulullah SAW juga bersabda “Siapa yang sabar menghadapi perlakuan buruk isterinya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Nabi Ayub atas ketabahannya menghadapi cubaandan sikap isterinya, manakala isteri yang sabarmenghadapi perlakuan buruk suaminya, Allah akan memberinya balasan pahala seperti yang diberikanNya kepada Asiah, isteri Firaun.”

Bagi para suami yang selau runsing memikirkan sikapisterinya yang buruk itu, bersabarlah kerana ia akan mendapat ganjaran pahala yang besar. Namun, jangan dibiarkan terus sikap isteri yang suka mengamukitu, berusahalah dan sentiasa mohon kepada Allah moga-moga diberikan kekuatan untuk mendidik isteri.

Wasalam.....

15 Jun 2010 - Renungan buat Suami

Assalamualaikum W.B.T...........untuk renungan & tatapan pembaca

ASALLAMUALAIKUM.... : RENUNGAN BUAT PARA SUAMI

"Apakah membebanimu wahai hamba Allah, untuk tersenyum di hadapan isterimu dikala anda masuk bertemu isteri tercinta, agar anda meraih pahala dari Allah?!


Apakah membebanimu untuk berwajah yang berseri-seri tatkala anda melihat anak dan isterimu?

Apakah menyulitkanmu wahai hamba Allah, untuk merangkul isterimu, mencium pipinya serta bercumbu disaat anda menghampiri dirinya?!

Apakah memberatkanmu untuk mengangkat sesuap nasi dan meletakkannya di mulut isterimu, agar anda mendapat pahala?!

Apakah termasuk susuh, kalau anda masuk rumah sambil mengucapkan salam dengan lengkap agar anda meraih 30 kebaikan?!

Apa yang membebanimu, jika anda menuturkan untaian kata-kata yang baik yang disenangi kekasihmu, walaupun agak terpaksa, dan mengandung bohong yang dibolehkan?!! Tanyalah keadaan isterimu di saat anda masuk rumah!

Apakah memberatkanmu, jika anda menuturkan kepada isterimu di saat masuk rumah : "Duhai kekasihku, semenjak Kanda keluar dari sisimu, dari pagi sampai sekarang, serasa bagaikan setahun".

Sesungguhnya, jika anda betul-betul mengharapkan pahala dari Allah walau anda letih dan lelah, anda mendekati sang isteri tercinta dan menjimaknya, maka anda mendapatkan pahala dari Allah, karena Rasulullah bersabda: "Dan di air mani seseorang kalian ada sedekah".

Apakah melelahkanmu wahai hamba Allah, jika anda berdoa dan berkata: "Ya Allah perbaikilah isteriku dan berkatilah daku pada dirinya".

* Ucapan baik adalah sedekah.
* Wajah yang berseri dan senyum yang manis di hadapan isteri adalah sedekah.
* Mengucapkan salam mengandung beberapa kebaikan.
* Berjabat tangan mengugurkan dosa-dosa.
* Berhubungan badan mendapatkan pahala.

KETAHUILAH WAHAI WANITA

1. Sekiranya anda menyediakan minuman untuk diminum oleh suamimu, maka pahalanya seperti berpuasa sunat selama setahun.

2. Sekiranya anda menyedia dan menyiapkan makanan untuk dimakan oleh suamimu, pahala haji dan umrah.

3. Perkhidmatan yang baik yang engkau berikan kepada suamimu, pahalanya tidak putus ganjaran dari Allah.

4. Sekiranya anda hamil, pahalanya shahid.

5. Sekiranya anda mandi junub kerana bersetubuh dengan suamimu, pahalanya seperti anda bersedekah 1,000 ekor kambing kepada fakir miskin.

6. Sekiranya anda memlihara anak dengan baik, ianya menjadi benteng daripada api neraka.

7. Sekiranya anda memandang suamimu dengan pandangan harmonis, pahalanya seperti anda berzikir kepada Allah.

8. Seandainya anda mati dalam keadaan suamimu redha kepadamu, maka syurgalah tempatmu. "

15 Jun 2010 - kenapa?????

Salam mesra kepada pembaca blog ........

Pada pagi ini saya ingin persoalkan rakan semua hanya yang sudi digelar rakan saya...Persoalan KENAPA itu seringkali membuat hati saya kecewa sebagai hamba di muka bumi ini hanya merujuk didunia saja....tetapi apabila dipikirkan diakhirat persoalan KENAPA itu saya menerimanya dengan hati yang redha....

mungkin pembaca yang ingin memahami akan tertanya-tanya apa yang dimaksudkan dengan KENAPA.....apa yang menyukarkan pikiran saya sehingga persoalan KENAPA itu mampu membuatkan hati saya kecewa....

Di Blog ini saya hanya mampu meluahkan tanpa ada perasaan hasad dengki, dendam mendendam @ perasaan xbaik utk manusia......hanya sekadar luahan perasaan yg t'pendam disebalik sanubari yg sukar untuk dicungkil disebalik senyuman ini.....

Tp hati ini ttp tidak mahu melukakan hati org lain.....kerana bimbangkan pembaca terasa hati @ t'silap menilai, saya tidak akan menceritakan keadaan yg mengecewakan bagi saya.....hanya sekadar luahan hati dan perasaan....maaf sekalian rakan...

Sunday, June 13, 2010

Lagi gambar keluargaku.....







































































































































































































14 JUN 2010

Salam mesra semua......

hmmm hari ni mood aku ok skit la....tapi ada jugak 2/3 org buat aku poning skit....hmmm malas jer nak layan...wat biasa jer ar, janji keje settle tul x??....tepuk dada tanya selera kan kan kan..
memandangkan ari ni x busy sangat, aku penuhkan masa ngan taip something kat blog nih....maklumla baru belajar da blog hehehe....

hari ni... aku ada nak beritahu sesuatu kat semua pembaca blog aku....


10 Wasiat Imam Syafie

SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat Islam seluruhnya. Berikut ialah kandungan wasiat tersebut: "Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan sepuluh perkara."

PERTAMA: HAK KEPADA DIRI. Iaitu: Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

KEDUA: HAK KEPADA MALAIKAT MAUT Iaitu: Mengqadhakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang kita zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kepada Allah.

KETIGA : HAK KEPADA KUBUR Iaitu : Membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat Tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

KEEMPAT: HAK KEPADA MUNKAR DAN NAKIR Iaitu : Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

KELIMA : HAK KEPADA MIZAN (NERACA TIMBANGAN AMAL PADA HARI KIAMAT) Iaitu : Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesusahan.

KEENAM : HAK KEPADA SIRAT (TITIAN YANG MERENTANGI NERAKA PADA HARI AKHIRAT) Iaitu : Membuang tabiat suka mengumpat, bersikap warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

KETUJUH : HAK KEPADA MALIK (PENJAGA NERAKA) Iaitu : Menangis lantaran takutkan Allah SWT, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah secara terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

KELAPAN : HAK KEPADA RIDHWAN (MALAIKAT PENJAGA SYURGA) Iaitu : Berasa redha dengan Qadha' Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

KESEMBILAN : HAK KEPADA NABI S.A.W Iaitu : Berselawat ke atas baginda, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-Sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat, dan bersaing dalam mencari keredhaan Allah.

KESEPULUH : HAK KEPADA ALLAH SWT Iaitu : Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

untuk peringatan kepada semua pembaca........

nak sambung keje balik.....so selamat membaca, selamat memahami & selamat menghayati.......

jumpa lagi di lain masa......

iklan Nuffnang