Kami disini

Thursday, January 12, 2012

Hemoglobin Rendah Ketika Hamil PENTING....BACALAH


Hemoglobin Rendah Ketika Hamil

--------------------------------------



Zat besi ...diperlukan dalam menghasilkan hemoglobin yang merupakan sejenis protein di dalam sel darah merah yang bertanggungjawab membawa oksigen ke sel-sel badan ibu dan juga kepada bayi dalam kandungan. Semasa hamil, kuantiti darah ibu akan meningkat sehingga 50% lebih dari normal. Jadi keperluan zat besi turut meningkat bagi menghasilkan lebih banyak hemoglobin, selain diperlukan untuk pembesaran bayi dan plasenta (uri). Kuantiti zat besi yang diperlukan semasa hamil meningkat sehingga 18mg ke 27mg sehari.



Namun, kebanyakan wanita tidak memiliki bekalan zat besi secukupnya sejak dari awal kehamilan lagi. Jadi, badan ibu tidak dapat membekalkan zat besi secukupnya buat ibu dan kandungan terutama apabila memasuki Fasa 2 dan Fasa 3 kehamilan. Apabila sampai di satu tahap di mana badan ibu tidak mempunyai bekalan zat besi lagi, penghasilan hemoglobin akan terhenti dan ibu akan mendapat anemia. Risiko ibu untuk mendapat anemia juga meningkat jika ibu mengalami ‘morning sickness’ yang teruk, hamil kembar atau lebih dan mengambil diet yang kurang zat besi.



Walaupun seringkali berpunca dari kekurangan zat besi, anemia semasa hamil boleh juga disebabkan oleh kekurangan asid folik (Vitamin B12) atau sesetengah penyakit seperti Sickle Cell. Ibu hamil yang mengalami anemia sering merasa letih, lemah, pening, pucat, jantung berdegup laju, semput atau nafas pendek, sakit kepala dan sukar fokus. Namun ada sesetengah simptom ini adalah simptom biasa semasa mengandung.



Adakah anemia semasa hamil mempengaruhi bayi? Lazimnya, bayi akan tetap mendapat keperluan zat besinya terlebih dahulu dari ibu. Namun, jika ibu hamil menghidap anemia, ia boleh mempengaruhi simpanan zat besi bayi itu di peringkat awal kelahiran dan bayi berisiko tinggi untuk menghidap anemia. Anemia semasa hamil juga sering menjadi punca bayi lahir tidak cukup bulan atau lahir kurang berat. dan juga berkait rapat dengan bayi lahir mati (‘stillbirth’). Selain turut mempengaruhi kesihatan ibu hamil, anemia juga boleh membawa kepada tumpah darah semasa bersalin dan peningkatan risiko meroyan (postpartum depression).



Jadi anemia semasa hamil mestilah dipandang serius oleh ibu kerana risiko yag datang bersamanya adalah besar. Amalkan diet yang seimbang dan kaya dengan zat besi seperti mengambil daging merah, kacang, tofu, kismis, sayuran hijau, dan kerang. Ibu hamil juga dinasihatkan untuk mengambil prenatal vitamin agar badan ibu menerima zat besi dan vitamin penting lain secukupnya.See More

By: LifeFit

2 comments:

Firdaus® said...

input berguna buat ibu mengandung.huu~ jsut follow blog ni..do follow me back =)

Wan Najmiah said...

thanks...ummi da follow...nice blog :)

iklan Nuffnang